BERITA | Pelajar Sekolah Tinggi Jumpa Kondom Di Dalam Makanan Tengahari Kafeteria Sekolah

http://kongxie.blogspot.my/2016/11/pelajar-sekolah-tinggi-jumpa-kondom-di.html

Kunming (People's Daily) 10 Oktober - Pada petang 9 Oktober, seorang netizen telah memuatnaik komen "Membimbangkan, janggal, menjijikkan. Semalam seorang pelajar dari kelas 212 di Sekolah Tinggi Vokasional di Jinghong, Yunnan, menemui kondom di dalam makanan tengaharinya di kafeteria"

Dalam gambar yang disiarkan oleh netizen itu, kondom boleh dilihat terkeluar dari makanan yang belum di habiskan di atas pinggan. Selepas di siarkan di laman Weibo, ia telah dikritik ramai pengguna Weibo. 

http://kongxie.blogspot.my/2016/11/pelajar-sekolah-tinggi-jumpa-kondom-di.html

Netizen @Dantameiyouai mengulas "Saya muntah makanan barbeku malam tadi" 

Netizen @ sse1115 berkata "Ia menjijikkan, saya mahu muntah."

Pada petang 10 Oktober tersebut, pemberita meminta Jabatan Propaganda Xishuangbanya mengesahkan kejadian itu. Mereka mengesahkan bahawa mereka sedang mengkaji kesahihan kejadian itu dan Jabatan Pendidikan Jinghong serta Pentadbiran Makanan dan Dadah telah memulakan siasatan. 

Mereka akan mengumumkan penemuan mereka kepada orang ramai sebaik siasatan selesai.

Menurut Editor, kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku di kafeteria sekolah.

Sumber : ChinaSmack
Dikuasakan oleh Blogger.