Tomato Boleh Elak Kanser dan Penyakit Berbahaya. Ruginya Siapa Yang Tak Makan Tomato

https://kongxie.blogspot.my/2017/08/tomato-boleh-elak-kanser-dan-penyakit.html

Tomato atau nama saintifiknya adalah Solanum lycopersicum merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya di kenali sebagai sayur dan di tanam sebagai makanan (sumber : Wikipedia). Rasanya yang masam membuatkan ramai orang tidak menggemarinya. Tetapi tahukah anda tomato ni banyak khasiatnya terutama bagi melawan penyakit-penyakit berbahaya. Jadi amatlah rugilah kepada sesiapa yang tak makan tumbuhan ini.

# TOMATO BOLEH ELAK KANSER


Tahukah anda tomato kaya dengan sumber Likopena atau lycopene dalam bahasa inggeris. Warna merah pada tomato adalah di sebabkan oleh likopena iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi. Likopena ini juga dipercayai dapat mencegah kanser-kanser tertentu seperti kanser kolon, kanser payudara dan kanser prostat. Pakar menasihatkan agar ramai lelaki mengambil tomato sebagai buah-sayur pilihan kerana ia dapat mengurangkan risiko kanser prostat.

# TOMATO MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Likopena yang terkandung di dalam tomato boleh mencegah terbentuknya kolesterol dan seterusnya boleh mengelakkan serangan jantung serta stroke. Tomato membantu mengurangkan risiko menderita pendarahan serebrum, serta mencegah penyakit kardiovaskular. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan tomato boleh mengurangkan kolesterol jahat dan membantu menjaga arteri. Selain itu juga pengambilan tomato boleh membersihkan darah dan juga menstabilkan tekanan darah anda.

#TOMATO BAGUS UNTUK PENGHIDAP DIABETES

Penyelidik telah mendapati pengambilan tomato boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang berkaitan dengan penyakit Diabetes jenis 2. Kerana kandungan tomato yang rendah karbohidrat, ia dapat membantu mengawal paras gula dalam darah. Kandungan karbohidrat yang rendah juga membantu pengambilan kalori yang lebih rendah dan secara tidak langsung membantu pesakit diabetes mengurangkan berat badan mereka. Tomato juga kaya antioksidan yang membantu memulihkan keseimbangan oksidatif badan selain menyingkirkan toksin dalam badan.

#TOMATO MERANGSANG SISTEM IMUNITI BADAN

Pengambilan tomato yang teratur juga boleh merangsang sistem imuniti badan kita. Tumbuhan ini memberi sumber vitamin C yang baik terhadap tubuh yang membantu meningkat sistem kekebalan tubuh kita. Tomato juga boleh memberi tenaga dan membuat kita cergas. Jika mahu kurus, jangan lupa masukkan tomato dalam menu diet anda kerana tomato terkenal sebagai agen pembakar lemak.

Selain manfaat di atas, terdapat banyak lagi manfaat pemgambilan tomato dalam makan seharian anda. Antaranya ialah :-

→Meningkatkan penglihatan
→Meningkatkan kesihatan usus
→Mengawal hipertensi
→Menjaga kesihatan dan kecantikan kulit, gigi dan rambut
→Menguatkan tulang
→Mencegah jangkitan saluran kencing dan kanser pundi kencing

Tomato boleh di makan begitu saja dan boleh di masukkan dalam masakan atau pun di buat jus. Jika anda tidak suka rasanya, anda boleh mencampurkan tomato dengan sayur atau buah lain untuk di jadikan jus. Jadi, mulalah makan tomato untuk mendapat manfaatnya.


Sumber : Steptohealth | dietheathclub
Dikuasakan oleh Blogger.