Rugi Besar Jika Kita Tinggalkan Wirid Lepas Sembahyang Fardhu. Jangan Sesekali Tinggalkan!
JANGAN KAMU TINGGALKAN WIRID SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU
Jangan kita cacatkan, rugikan amal ibadah kita yang mana dalam sembahyang kita disunatkan mengangkat tangan pada 4 tempat tapi kita tak buat.
1) Tempat pertama diwaktu takbiratul ihram
2) Pada waktu kita akan rukuk,Jangan langsung kita turun ke bawah rugi kita
3) Angkat tangan pada masa i'tidal.
4) Kita akan angkat tangan kita diwaktu kita bangkit daripada tasyahud awal atau daripada rakaat kedua menuju rakaat ketiga.
Setiap kali selepas sembahyang
fardhu. Jangan sesekali kita lupa untuk baca wirid yang dimulai dengan
istighfar sekurang-kurangnya 3 kali. Setelah itu sebelum mengubah duduk
iftirasy ataupun duduk tahiyat akhir kepada duduk biasa.
Jangan lupa untuk membaca
"Laa Ilaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu
Yuhyii Wa Yumiitu Wahuwa Alaa Kulli Syai'in Qadiir".
Secara sunnahnya 10 kali selepas
maghrib dan juga selepas subuh yang dengan balasannya itu adalah perlindungan,
pemeliharaan, kita akan mendapat pagar, jati diri daripada godaan syaitan yang
terkutuk, terelak dari diri kita daripada godaannya dan terjaga diri kita
sepanjang waktu.
Kita nak balasan yang dijanjikan
oleh Nabi kita dengan membaca "Allahumma Ajirni Minan Naar".
Secara sunnahnya sebanyak 7 kali
setiap kali selepas maghrib dan juga selepas subuh maka yang saat seseorang itu
meninggal dunia pada hari itu maka Allah akan bebaskan dirinya daripada Api
Neraka.
Akan ditulis kebebasan dirinya
daripada Api Neraka dibaca diwaktu subuh kalau dia meninggal di siang harinya.
Dibaca selepas maghrib kalau dia meninggal pada malam harinya kebebasan diri
daripada Api Neraka itu sudah kita dapatkan.
Kemudian ketika nak dibaca
"Allahumma Antas Salaam Wa Minkas Salam Wa Ilayka Ya 'Udussalam Fahaiyina
Rabbana Bissalam Wa Adkhilnal Jannata Daaras Salaam Wa Tabaarakta Rabbanaa Wa
Ta'aalaita Yaa Dzaljalaali Wal Ikraam".
Barulah Imam dibenarkan untuk
mengubah kedudukan posisi duduknya mengadap separuh badan ke kanan ataupun juga
mengadap sepenuhnya badannya ke arah makmum. Manakala makmum tetap terus
mengadap ke arah kiblat.
Setelah itu barulah kita membaca
surah Al-Fatihah dan ingatlah jangan kita malas, lupa dan tak nak untuk membaca
Ayatul Kursi setiap kali selepas sembahyang fardhu kerana kelebihannya yang besar.
Ayat Kursi ini adalah tiket kita untuk nak masuk Syurga. Menurut riwayat hadis
"Tiada apa yang dapat menghalangi orang yang membacanya untuk masuk Syurga
kecuali mati".
Kemudian dibaca selepas itu
tasbih (Subhanallah 33 kali), tahmid (Alhamdullilah 33 kali) dan takbir (Allahu
Akbar 33 kali). Janganlah kita malas untuk nak mengira bilangan tasbih 33 kali
tahmid 33 kali dan takbir 33 kali. Kalau kita ikut Imam dan imam tidak
membacanya cukup bilangannya. Bererti kita sudah mengalami suatu kerugian yang
sangat besar. 1 ucapan subhanallah itu lebih berat daripada dunia dan seisinya.
Jadi jangan sampai kita rugi di
situ kerana kita malas untuk nak membacanya, malas untuk nak mengiranya. Jadi
semuanya 99 kali jumlahnya yang mesti kita baca setiap kali setiap selesai
sembahyang fardhu kita.
Kemudian dibaca "Allahu
Akbar Kariiran Wal Hamdulillahi Katsiiran Wasubhaanallaahi Bukratan Wa
Ashiilaa. Laailaaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syariikalah Lahul Mulku Wa Lahul
Hamdu Yuhyi Wa Yumiitu Wa Huwa Alaa Kulli Syai'in Qadiir".
Bagaimana kira-kira kalau kita
tak dan membacanya? Bagaimana kira-kira kalau imam tidak memimpin kita untuk
membacanya? Bererti itu merugikan kita. Rugi besar bukan setakat dengan
lamborghini, bukan setakat dengan sebuah banglo, bukan hanya setakat dengan harta
yang mewah tetapi dunia dengan segala isi-isinya kerugian yang menimpa kepada
kita masih belum mampu membayar kerugian yang saat ketika kita tidak mengikuti
pedoman sunnah yang disunnahkan oleh Baginda Rasulullah SAW
*Kalau saat ketika waktu solat dan
selepas solat pun kita tak mampu untuk nak luangkan sedikit waktu kita untuk
berzikir ingat kepada Allah. Agak-agaknya waktu bilakah kita akan ingat kepada
Allah? Bila dah diluar solat agak-agak kita ingat Allah ataupun tidak*?
Artikel ini diambil dari laman Fb Ustaz Hasnan Fan Club.
Leave a Comment