RESEPI KEK PANDAN CHEESE LELEH KUKUS


RESEPI KEK PANDAN CHEESE LELEH KUKUS

(kalau tak nak pandan bole ganti dgn vanilla atau perasa lain)

1. Telur - 4 biji (*)
2. Gula - 1/2 cawan (*)
3. Ovallete - 1 sudu besar (*)
4. Pewarna - beberapa titik
5. Perisa - 1 penutup botol
6. Tepung gandum - 1 setengah cawan
7. Baking powder - 1 sudu teh
8. Minyak masak @ minyak jagung - 1/4 cawan

- Pukul bahan2 yg bertanda (*) hingga kembang dan ringan
- Kemudian masukkan pewarna, perisa, tepung gandum, baking powder dan minyak masak @ minyak jagung.... kacau sehingga rata.
- Sapukan loyang dengan minyak dan tuangkan adunan kek tersebut.
- Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil utk mengelakkan air kukusan jatuh ke dalam adunan.
- Pastikan air kukusan dimasak terlebih dahulu. Kukus kek selama 40 minit.
- Selepas kek dimasak, keluarkan kek dari loyang dan sejukkan.
- Belah bahagian tengah kek dgn menggunakan benang.

Topping
1. Cream cheese - 250 gram
2. Susu pekat - 1/2 cawan
3. Susu cair - 1/2 cawan
4. Cheddar cheese blok
- Pukul bahan2 di atas sehingga sebati dan tidak berketul.
- Sapukan di bahagian tengah dan di atas kek
- Parutkan Chedder cheese blok di atas topping tadi... kalau dapat parut yg halus tu, lg cantik....

Ok la..... selamat mencuba yer kengkawan... Sekian.... :)

Sumber : Resepi sedap mudah buat / fb
Dikuasakan oleh Blogger.