Rahsia cantik Jessica Alba

https://kongxie.blogspot.my/2017/08/rahsia-cantik-jessica-alba.html
Siapa yang tidak kenal pelakon cantik yang popular dengan filem Honey dan Fantastic 4 ini. Beliau kini yang berusia 36 tahun dan juga merupakan ibu beranak 2 masih maintain comel dan cantik seperti zaman bujang dulu. Selain berlakon beliau juga telah membuka sebuah syarikat barangan pengguna yang menjual produk rumah bukan beracun (non-toxic) iaitu The Honest company. Jom lihat amalan kesihatan dan tips kecantikan dari beliau.

Rutin Penjagaan Kulitnya - Membersih, melembapkan kulit, menggunakan face oil, krim mata, krim siang dan krim malam.

Untuk pelindung matahari, beliau suka produk La Roche-Posay mineral sunscreen. Sangat nipis dan ringan.

Rutin Penjagaan Rambutnya - Sentiasa gunakan perapi pada hujung rambut sepanjang masa walaupun tidak membasuh rambutnya. Produk kesukaannya ialah Phyto dan John Masters. Beliau tidak suka sesuatu yang mempunyai haruman yang terlalu kuat.

Haruman Pilihan - Beliau sentiasa memakai essential oil sepanjang masa seperti lavender, vanila dan jasmine. Menurut Jessica, minyak tersebut memberi haruman yang sangat bagus.

Elakkan dehidrasi. Sentiasa kekal terhidrat untuk memastikan dalaman anda seimbang. Lakukan senaman dan dapatkan peredaran darah yang baik. Beliau juga tidak ketinggalan menggunakan masker bibir dari Korea dan juga collagen eye mask.

Dari segi pemakanan beliau cuba untuk tidak mengambil gula proses, tepung, makan bergoreng dan mengambil roti dalam jumlah yang banyak.

Mengamalkan tidur awal.

Beliau juga berkongsi DIY masker untuk kulit wajah/leher dan apple cider vinegar untuk penjagaan rambut. Jom kita lihat.

Masker Greek Yoghurt dan Kopi

Bahan-bahannya:-
1/2 cawan plain greek yoghurt
1 sudu kopi
1 sudu coconut oil
Perahan lemon

Cara-caranya:-
Bersihkan kulit wajah anda dan lap hingga kering. Campurkan semua bahan di atas jadikan pes. Sapukan ke wajah dan leher anda dengan masker tersebut dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 10 minit. Lapkan dengan kain bersih yang lembap.

Apple Cider Vinegar (ACV) untuk Rambut

 https://kongxie.blogspot.my/2017/08/rahsia-cantik-jessica-alba.html

Bahan-bahannya:-
1 cawan air
2 sudu Apple Cider Vinegar (atau sebanyak yang diperlukan)

Cara-caranya:-
Campurkan 2 sudu apple cider vinegar dengan 1 cawan air - pengukuran mungkin berbeza mengikut jenis rambut anda, jadi cuba bereksperimen untuk dapatkan sukatan yang sesuai dengan rambut anda. Tuangkan rambut dengan teliti dan bilas.

Selamat Mencuba!!  😀💗😍

Sumber : doctoroz.com | elle.com
Dikuasakan oleh Blogger.