Fauziah Latiff, Nassier Wahab Tunaikan Haji

https://kongxie.blogspot.my/2017/08/fauziah-latiff-nassier-wahab-tunaikan.html

Nassier Wahab melalui akaun instagramnyer telah memuatnaik foto bersama penyanyi kesayangan ramai, Fauziah Latiff atau Gee yang turut sama berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji.


Gee yang berangkat ke Tanah Suci ditemani ibu tercinta, Ngasiah Ahmad memberitahu, dia benar-benar terharu kerana ramai kenalannya datang ke KLIA untuk mengucapkan selamat jalan kepadanya.

“Syukur pada Allah kerana saya diundang oleh Allah untuk mengerjakan haji. Tidak tahu bagaimana rasanya untuk menyatakan rasa gembira. Dalam masa saya juga sebak kerana tidak sangka menerima undangan ini,” kata Jee kepada UTUSAN ONLINE.

Terdahulu, Nassier Wahab juga telah menerima kunjungan dari sahabatnya, Liza Abdullah, Dato Ziela dan Dato Sri Raja Shah Rezza di kediaman penyanyi tersebut untuk mengucapkan selamat jalan atas pemergian Nassier ke tanah suci.

  
Semoga dipermudahkan urusan ibadah mereka di sana dan di anugerahkan dengan haji yang mabrur. Aamiin.

Sumber : Utusan Online | Instagram Nassier Wahab
Dikuasakan oleh Blogger.