Resepi Ayam Masak Kicap Yang Dahlah Mudah, Sedap Pulak Tu


Hari ni akak nak share resepi ayam masak kicap yang terlajak mudah. Dahla mudah sedap pulak tu. Kenyataan ni yanggg! Anak-anak pasti suka dan minta-minta lagi. Dan jangan takut yang tua pun suka. Macam biasa gambor tak lawa. Akak bukan blogger dan tukang masak pro pun. Hanya seorang surirumah yang tiba-tiba gatal nak belajar berblog :).

Sebenarnya ayam masak kicap ni akak masak 3 kali seminggu paling kurang. Sebabnya suami dan anak bongsu akak suka makan kicap. Kalau masak benda-benda lain, diaorang mesti suruh goreng telur jugak akhirnya. Akak panggil anak bongsu akak ni, anak jimat belanja. Lauk kicap, ayam masak merah dengan buah epal je yang dia suka. Kalau takde benda 3 ni, dia makan roti je sepanjang hari. Roti krim Gardenia atau roti Mighty White yang RM0.80 tu. Sebab tu akak panggil dia anak jimat belanja. 

Suatu hari tu akak buat dinner kerana kawan akak dari Switzerland nak datang melawat. Kawan akak tu dah 5 tahun duduk sana tak balik-balik. Itu lah kali pertama dia balik sejak 5 tahun. Akak masak banyak masa tu. Ada sup cendawan lada hitam, sambal udang galah, ikan siakap masam manis, acar dan macam-macam lagi. 

Masa akak tengah prepare tu, dia pergi ke dapur dan nampak ayam masak kicap yang akak takde plan pun nak jamu diaorang. Itu lauk wajib anak akakkan? Takkanlah nak jamu lauk simple tu dekat tetamu istimewa kan? 

Dia pulak memang dah kemaruk asik makan cheese je, teringin benor nak makan masakan melayu. Tiba-tiba dia cubit ayam tu dan makan. Sedapnya dia kata. Akak kata tu bukan lauk untuk korang. "Tu lauk anak aku, hari-hari punya lauk" kata akak.

Tak semena-mena dia bawak mangkuk ayam tu tunjuk dekat hubby dia. "Bi (baby).." panggilan manja untuk hubby dia. "Bi rasa ni, sedap ni bi" Last-last ayam simple dan terlajak mudah tu yang laris. 

Lepas tu time lain pulak, ada sekali tu adik-adik akak dari mak yang lain...Yep i have 2 moms...mak akak meninggal masa akak kecik ;'(. Jadi akak ada mak tiri. Adik-adik akak tinggal dengan akak sebulan sementara nak cari bilik sewa. Diaorang dapat kerja di KL. Tak boleh nak duduk sini sebab adik akak yang sorang tu benci kucing dan rumah ni penuh dengan kucing. Tak sesuai kata mereka.

Lepas sebulan tu mak tiri akak call minta resepi ayam masak kicap ni. Katanya adik-adik kata mak tak pandai masak, akak masak sedap. Loorrrrrr. mudah sesangat ayam masak kicap ni. Sebab tu akak konfiden nak share resepi ni. Sebab dapat banyak pujian maaaa :) Korang trylah pulak ok?

Amboi panjang lebar...resepi dia dia simple habis ni hahaha

Bahan-bahannya :
Ayam 1/2 ekor
Bawang besar 2 labu ( mayang )
Halia seinci ( potong nipis-nipis )
Kicap cap Kipas Udang
Minyak untuk mengoreng
Kunyit serbuk untuk disapu pada ayam
Garam
Cili api/cili merah ( optional )

Cara-caranya:-
Lumurkan kunyit dan garam pada ayam. Gorengkan ayam itu. Kalau suka lembut-lembut sikit tekstur dia, goreng separuh masak. Kalau suka makan garing, goreng je sampai garing. Family akak suka garing. Selepas ayam siap, ketepikan. Letakkan lebih kurang 3 sudu besar minyak. Letakkan bawang yang sudah siap dimayang dan halia yang sudah siap dipotong. Bila dah naik bau, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Letakkan cili api atau cili merah yang dah siap dipotong kalau mahu. Tak letak pun tak apa. Gaulkan di dalam kuali. Kemudian masukkan secubit garam. Akhir sekali, masukkan kicap, sampai ayam sebati dengan kicap tu. Tak payah banyak sangat. Cukup sampai dia ngam-ngam dengan ayam dalam kuali tu. Budget sendiri la ya. Bila dah gelegak tutup api. Ta daaa siap!! 

Tips : Kalau nak rasa manis sikit ..letak secubit gula. 

Pencarian untuk : ayam masak kicap, resepi ayam masak kicap, resepi mudah, resepi jimat belanja, resepi cepat, resepi orang bujang, resepi jimat kos, ayam masak kicap yang sedap, resepi budget
Dikuasakan oleh Blogger.