Idea hadiah hari jadi bawah rm50 untuk awek yang tersayang.


Blur? Birthday si dia yang tersayang dah dekat tapi anda masih tercari-cari hadiah yang boleh membuat mereka gembira. Mari tengok idea yang akak pilihkan ni. Kali ni akak share idea untuk hadiah di bawah rm50 untuk mereka yang budget agak tight. Eh tak semestinya barang mahal je awek suka tau! Awek yang betul-betul sayangkan kita, harga barang dia dah tolak tepi. Janji korang ada inisiatif untuk ingat dan cuba juga sedaya upaya untuk tunjuk yang dia tu cukup bermakna buat korang. Korang pulak kena cari awek yang tidak pandang material dan sayangkan diri korang seadanya.

Cari kekasih yang cintakan kita kerana kita, bukan kerana kuturunan kita, harta kita, tahap pelajaran kita, pakaian kita dan rupa kita, cari pasangan yang sukakan jiwa kita. Yang sudi terlingkup dengan kita time kita terjatuh, yang sentiasa sokong cita-cita dan impian kita. Jangan lupa cari pasangan yang pandai hormat orang tua dan baik kepada semua ciptaan Tuhan. Jangan pandang pada rupa dan body aja. Semua tu tak kekal lama. Cari yang sesuai untuk jiwa kita.

Eh panjang lebor pulak. Nak kasi idea hadiah harijadi je ni LoL. Jom usha idea-idea di bawah. Akak pilih yang terbaik dari Lazada. Kalau korang berminat boleh terus sambar je kan?

Kalau nak tengok dengan lebih lanjut click gambar ok?


1- Rantai Tangan RM40++
Siap dengan gift box. Bracelet/charm ini mendapat review yang positif dari pembeli.
Awek mana tak suka perkataan "i Love you". Kalau dia dapat ni dah tentu-tentu dia tersenyum lebar dan simpan elok-elok dalam kotak jewelry diaorang. Diaorang pakai time dating dengan korang atau time nak show off dekat kawan-kawan je. Time lain simpan, takut rosak maa...



2-Cincin couple RM20 ke bawah
1 for you and 1 for her. Awek dah tentu seronok dapat matching ring dengan korang. Klik je kat gambar tu boleh pilih design. Murah kan?


3- Teddy Bear bawah RM40+
Perempuan mana tak suka teddy bearkan? Lebih-lebih lagi dari boyfriend tersayang. Dia peluk teddy tu bayangkan korang tiap-tiap malam. Time gaduh boleh juga dia lepas geram pukul-pukul teddy bear tu. Elok untuk hilangkan stress, maknanya korang terselamat dari bencana. Hmm best betul idea gift ni kan?


4- Musical Box RM40+
Perempuan, berapa pun usia dia sifat cute dia tak lari. Selain dari boleh feeling-feeling layan tengok ballerina tu menari sambil mendengar lagu, kotak muzik ini boleh juga dijadikan kotak untuk menyimpan accesories berharga bersaiz kecil.



5. Necklace RM50++
Rantai leher juga boleh buat girlfriend anda happy. Ini dah tak payah cerita panjang lebar. Rantai leher dah terlalu common untuk diberi kepada wanita tersayang. Pemes sangat idea ni. Perempuan gerenti suka.





6-Jam tangan atas RM40++ jam bawah RM20++
Jam pun good idea jugak untuk awek anda cuma kalau jam terlalu murah tidak digalakkan sangat. Takut cepat rosakkan? Tapi jam yang dipaparkan di atas mendapat review yang tinggi dari pembeli. Klik gambar jam tu kalau nak baca review pembaca.


7- Tudung shawl atau bawal RM30++
Jike awek anda memang bertudung memang favorite dia kalau anda bagi dia tudung. Perempuan bertudung mana pernah cukup dengan tudung. Ada lagi nak beli lagi. Tak pernah cukup koleksi tudung dia. Manakala sangat sesuai juga untuk yang tidak bertudung. Hadiah tudung macam kasi hint dekat dia yang anda inginkan dia bertudung. 


8- Handbag RM40++
Setengah perempuan punyai hobi simpan handbag. Tengokla awek anda macamana. Kalau dia asyik pakai handbag yang sama memang sesuailah kasi handbag. Sesuai juga untuk yang asyik bertukar handbag. Itu bermakna dia bag collector. Dia akan hargai anda kerana anda faham hobi dan kegemaran dia.


9. Mobile Phone Armband Bag RM16++
Sesuai untuk awek yang aktif bersukan, kaki jogging, kaki gym. Klik gambar untuk info lanjut.


10- Dior perfume set RM29++
Kebanyakkan perempuan memang suka pewangi. Jadi tak payah pening-pening lagi nak fikir.

#Harga barangan mungkin berubah mengikut musim.


2 Tips untuk membeli online dengan jayanya:
1- Tengok review pembeli yang lain
2- Kalau boleh pilih cash on delivery

Bonus : 

Banyak lagi idea yang lain tanpa keluarkan duit yang banyak. Salah satunya ialah jika kekasih anda sukakan kucing. Anda boleh perhati perangai dia semasa kamu dating. Jika dia nampak kucing, dia seronok lebih, kemudian dia hulur bagi makan dekat kucing tu maknanya sah dia suka kucing. Anda adopt je anak-anak kucing. Di facebook ada page-page yang menawarkan perkhidmatan adopt anak kucing secara percuma. Tak payah berbaka, yang kampung pun comel je. Anda mandikan bagi wangi. Anda letak dalam kotak. Surprisekan dia...dia mesti seronok. Amaran...idea ini untuk awek yang suka kucing aja tau!! Bagi yang bukan muslim boleh lah kasi puppy..adopt je yang puppy yang comel-comel kasi surprise. This tips only for animal lovers k? Arnab pun boleh.

Bunga pun boleh. Bunga pun sangatlah pemes untuk apa-apa ocassionpun cuma, dia cepat layu. Kalau boleh cari barang yang tahan lama, boleh buat kenangan kan. Tapi up to you lah sebab perempuan memang suka bunga especially roses.

Chocolate pun idea yang bagus tapi macam bunga jugak. Coklat makan dah habis. Memori masuk dalam perut. Lagipun hari-hari lain pun boleh bagi coklat. Hmm tak exclusive rasanya. Tak best, tak best idea tu...tolak tepi!





Idea hadiah ini sesuai untuk wanita, kekasih, girlfriend, awek, tunang, gadis remaja dan lain lain lagi. Sebagai hadiah hari jadi atau sebagai tanda ingatan dan kasih sayang. 
Dikuasakan oleh Blogger.