Gegar Vaganza Musim ke-4 kembali menggegar 29 Oktober ini

https://kongxie.blogspot.my/2017/10/gegar-vaganza-musim-ke-4-kembali.html

Pasti ramai tertunggu-tunggu program gempak Gegar Vaganza Musim Ke-4.  GV4 yang akan mula bersiaran 29 Oktober ini akan menampikan 12 penyanyi termasuk dari Indonesia dan Singapura.

Juara GV4 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan Nabil Ahmad serta Jihan Muse masih kekal sebagai pengacara. Konsert mingguan GV akan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur setiap Ahad, jam 9 malam mulai 29 Oktober ini di saluran Astro Ria.

Peserta-peserta GV4 kali ini tidak kurang hebatnya malah turut menampikan Raja Azura yang mengambil keputusan menyertai GV4 ini setelah lama meninggalkan dunia nyanyian.

Peserta lain GV4 ialah Aishah, Liza Hanim, Hazami, Aqasha, lan Kristal, Firman dari Indonesia dan Ferhad dari Singapura.

Jom kita lihat senarai penuh peserta GV4 kali ini.

https://kongxie.blogspot.my/2017/10/gegar-vaganza-musim-ke-4-kembali.html

PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM KE-4
RAJA AZURA
TIA JINBARA
ELYANA
HAZAMI
FERHAD
AISYAH
AQASHA
HAIDA
FIRMAN
LAN KRISTAL
LIZA HANIM
SYURA
  
Untuk profil peserta boleh lihat DISINI

Sumber : Harian Metro
Dikuasakan oleh Blogger.