Resepi Kek Madeline Mudah Sukatan Cawan


Masih ingatkah korang pada Kek Madeline? Dulu masa kecik-kecik orang tua-tua selalu buat ni. Sayapun dah terlupa langsung pasal kek nostalgia yang sedap gila ni. Hari ni kongxie nak kongsi resepi kek madeline yang mudah sukatan cawan. Kek ini sesuai untuk minum petang atau breakfast dan obviously sangat sesuai untuk majlis, party atau untuk dihidangkan kepada tetamu. Ada yang buat duit juga jual kek ini sebab dah jarang orang buat, kan? Jom terai!!

Kredit resepi ini kepada Puan Siti Shuhaidah Samsudin

Resepi Kek Madeline Mudah Sukatan Cawan

5 biji telur gred A
1 cawan gula
1 cawan butter/margerin
1 sk esen vanila
2 cawan tepung kek (kalau guna tepung gandum tambah 1 sk baking powder)
jem strawberi
kelapa kering

Cara-cara

Mix gula dan butter sampai kembang
Masukkan telur satu persatu
Masukkan tepung
Masukkan adunan dlm acuan madeline ( cari kat kedai jual peralatan kek )
Bakar suhu 175, 25 minit
Bila dah masak, sapukan jem strawberi dan golek dengan kelapa kering

Buat yang lebih selesa menggunakan penimbang, di bawah ini Kongxie kongsikan 1 lagi resepi kek Madeline menggunakan sukatan gram. Resepi ini dikongsi oleh Puan Nurul Nadiatul Jamna di blog beliau. Klik sini kalau nak intip blog Puan Nurul.


Resepi Kek Madeline ( Sukatan Gram )


75 GM TEPUNG
1/2 C.T BAKING POWDER
50 GM MARJERIN
5O GM GULA HALUS
1 BIJI TELUR
1/2 C.T ESSEN VANILLA

BAHAN HIASAN KEK
1 camt jem raspberi (dipanaskan)
2 camb kelapa parut kering
4 biji ceri berglis (dibelah dua)
7 mangkuk kertas

CARANYA:-

1) sediakan acuan dariole dan griskan.
2) putar lemak dan gula hingga kembang.
3) masukkan telur yang telah dipukul dan putar hingga kembang serta berkrim.
4) masukkan esen vanilla, kemudian masukkan tepung, kaup perlahan-lahan hingga sebati dan masukkn dalam acuan.
5) bakar dengan segera selama 20-25 minit sehingga masak. (190c)
6) angkat dan keluarkan dari acuan hingga sejuk.
7) menghias kek, ratakan bahagian bawahnya, sapukan tiap2 satu dengan jem yng telah dipanaskan kemudian golekkan di atas kelapa kering.
8) letakkan kek di atas mangkuk kertas dan di atasnya dihias dengan ceri dan angelika serta hidangkan.
Dikuasakan oleh Blogger.