RESEPI COKLAT MOIST BERKRIM



Menurut kata pengkongsi resepi kek coklat moist ini, kek ini tak muak, sedap sangat dan mudah je cara membuatnya. Jadi....Tunggu Apalagi... Marilah kita cuba!!

RESEPI COKLAT MOIST BERKRIM

Bahan-bahan :

Bahan 1
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus/gula icing
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Bahan 2
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus/ gula icing
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Campurkan bahan-bahan 1 ( serbuk koko, gula halus dan air panas) dan panaskan di atas dapur dengan api yang sederhana. Kacau sehingga rata dan berkilat. Tutup api dan masukkan susu cair sehingga sebati dan kemudian ketepikan dan sejukkan.
Pukul butter bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu serta esen vanilla.

Masukkan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit.
Kemudian masukkan tepung gandum secara berganti dengan adunan coklat di step 1 yang telah disediakan. Gaul sehingga rata dan sebati.
Adunan telah siap. Masukkan ke dalam bekas bersaiz 9×9 dan bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah selama satu jam.

Apabila telah siap masak, sejukkan sementara waktu.
Untuk cara moistkan kek, masukkan 100gm coklat masakan bersama 1 sudu besar susu pekat manis ke dalam 3 sudu air panas di dalam mangkuk. Gunakan cara double boiling di atas api.
Apabila telah pekat, curahkan ke sekeliling kek. Hias kek sementara moist masih cair.

Kat bawah ni pula video cara-cara buat resepi chocolate moist cake dalam bahasa Inggeris


Bahan-bahannya

2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung
3/4 serbuk koko
1 1/2 sb baking soda
1 1/2 sb baking powder
1 sb garam
2 biji telur
1 cawan susu
1/2 cawan minyak
2 sb vanilla extract

Bahan untuk icing

1 cawan butter
1 1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula icing ( powdered sugar )
2/3 cawan susu
1 sb vanilla extract

Cara membuatnya tengok video di atas

Ramai yang dah mencuba resepi dari video ini dan semuanya mengatakan resepi kek coklat moist ini yang debaik!! Daebak!!
Dikuasakan oleh Blogger.