Kisah Sebenar Drakula | Pembunuh Sadis Umat Islam Semasa Perang Salib


Apabila mendengar perkataan drakula, pastinya kita akan membayangkan satu makhluk bertaring yang ngeri, penghisap darah yang tinggal di dalam gua ataupun keranda, takutkan matahari, boleh terbang dan mempunyai super power.

Perbualan saya dan kenalan saya dari Romania membuka minat saya untuk mencari cerita tentang Drakula. Kenalan saya itu tinggal di bandar berdekatan Transylvania, Romania. Kemudian saya secara berseloroh berkata, "Wow! Bandar Drakula". Dia ketawa. Kemudian saya bertanya lagi. Memang wujudkah drakula di kawasan itu pada suatu masa dulu. Dia ketawa lagi dan mengatakan. Tidak itu hanyalah mitos orang tua-tua. Drakula memang wujud tetapi dia hanyalah manusia biasa, pahlawan masa lalu dan bukannya vampire, katanya lagi. 

Dari hasil pencarian saya, saya berhasil bertemu dengan sejarah drakula yang sebenarnya. Sejarah drakula penghisap darah bermula dari novel karya Bram Stoker yang diterbitkan pada tahun 1897. Di dalam novelnya drakula digambarkan sebagai makhluk kuat yang dahagakan darah, bertaring dan melalut-lalut kepada penerbitan filem-filem yang lain seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Horror of Dracula (1958), Nosferatu (1922), Dracula (1958), Dracula ( 1992) dan lain-lain lagi yang semuanya rekaan dan fiksyen semata. 


Sedari kecil hingga kini kita telah dimomokkan dengan kartun-kartun dan cerita-cerita drakula yang mengambarkan drakula sedemikian yang bertujuan untuk mengalih perhatian kita tentang kejadian sebenar manusia bergelar Drakula ini juga untuk menutup kekejaman yang pernah dilakukan oleh puak kristian terhadap orang-orang Islam.

Namun pada tahun 2014 filem berjudul Dracula : The Untold diterbitkan supaya kita dapat berkenalan dengan drakula yang sebenarnya dan sudah tentu, orang Islam dilabelkan sebagai penjahat di dalam filem itu. Manakala Drakula adalah mangsa yang cintakan kedamaian. Kalau dulu, cerita tentang drakula yang sebenarnya seboleh-bolehnya ditutup rapi kini ditayangkan buat tatapan umum. Namun jelas sekali filem itu boleh membuat kaum kristian dan orang-orang bukan Islam membenci Islam. Malah ramai pula yang memuji dan memuja drakula selepas mengetahui kisah disebalik pembunuhan orang-orang Islam oleh Drakula. 

Sesungguhnya pihak barat dan pihak tertentu memang bijak memutar belitkan fakta di dalam buku sejarah mahupun filem dan memaksa kita semua supaya belajar sejarah ciptaan mereka. Mengapa kita wajib lulus pelajaran sejarah? Mereka memaksa pelajar-pelajar supaya belajar pelajaran sejarah dengan tekun. Oleh kerana mereka yang berkuasa mereka senang-senang saja memanipulasi fakta sebenar di dalam buku sejarah. 


Mari berkenalan dengan Drakula yang sebenar.

Vlad Tepes
Siapa dia Drakula? Nama aslinya Vlad Tepes. Nama gelarannya adalah Vlad the Impaler @ Putera Wallachia. Dia lahir sekitar bulan Disember 1431 M di Sighisoara, Transylvania, Romania. Ayahnya bernama Basarab (Vlad II), yang terkenal dengan sebutan Vlad Dracul, kerana keanggotaannya dalam Orde Naga. Dalam bahasa Rumania, “Dracul” berarti naga. Sedangkan akhiran “ulea” ertinya “anak dari”. Dari gabungan kedua kata itu, Vlad Tepes dipanggil dengan nama Vlad Draculea ( dalam bahasa Inggeris dibaca Dracula), yang bererti anak dari sang naga.

Semasa Vlad kecil, dia dan adiknya telah dihantar ke Turki sebagai hadiah kedamaian oleh ayahnya. Di sana Vlad hidup dengan cara Islam namun Islam tidak pernah menarik hati Vlad. Adik Vlad pula tekun dan telah mengikuti ajaran Islam. Sedari kecil Vlad gemar mendera dan membunuh binatang. Selepas kematian ayahnya, Vlad mendapat tahta di Wallachia dengan bantuan Turki. Setelah menjadi pemerintah Wallachia Vlad  telah mengkhianati Turki dan memutuskan perhubungan dengan Turki. Tentera-tentera Turki yang masih ada di Wallachia di tangkap dan diseksa di bilik bawah tanah. Mereka kemudian diarak dengan bertelanjang ke tempat hukuman dan dihukum sula sampai mati. Seramai 400 orang pelajar Turki dibakar hidup-hidup. Dracula menjadi pemerintah yang paling kejam dan sadis dalam sejarah pemerintahan Wallachia. Yang menjadi korban aksi sadisnya bukan hanya umat Islam yang tinggal di Wallachia, tapi juga para tuan tanah dan rakyat Wallachia yang beragama Khatolik.


Vlad dracul, pembunuh kejam umat Islam

Sesiapa saja yang berani melawan atau engkar dengan perintahnya akan diseksa dan dibunuh. Vlad juga gemar membuat pesta makan-makan dan mana pastinya akan berakhir dengan kematian tetamu-tetamunya. Vlad pula tidak kekok untuk makan dikelilingi mayat yang disula dan dipenggalnya. Vlad melakukan pembunuhan demi pembunuhan yang keji dan kejam sehingga rakyatnya sendiri mengelarnya Dracula, anak setan yang kehausan darah.

Dendam Dracula terhadap Turki dan Islam semakin menjadi-jadi. Untuk menyambut hari peringatan St. Bartholome, 1459, dia memerintahkan pasukannya untuk menangkapi para pedagang Turki yang ada di Wallachia. Dalam waktu sebulan terkumpullah 30 ribu pedagang Turki beserta keluarganya. Para pedagang yang ditawan ditelanjangi lalu diiring menuju lapangan penyulaan. Lalu mereka disula satu persatu.

Di hari Paskah tahun 1459, Dracula mengumpulkan para bangsawan dan tuan tanah beserta keluarganya di sebuah gereja dalam sebuah jamuan makan. Setelah semuanya selesai makan, dia memerintahkan semua orang yang ada ditempat itu ditangkap. Para bangsawan yang terlibat pembunuhan ayah dan kakaknya dibunuh dengan cara disula. Sedang lainnya dijadikan buruh untuk pembangunan benteng untuk kegunaan darurat di kota Poenari, di tepi sungai Agres. Sejarawan Yunani, Chalcondyles, memperkirakan jumlah semua tahanan mencapai 300 kepala keluarga. Terdiri dari laki-laki dan perempuan, orang tua, bahkan anak-anak.

Aksi Dracula terhadap umat Islam di Wallachia jauh lebih sadis lagi. Selama masa kekuasaannya, tak kurang dari 300 ribu umat Islam dibantainya. 

Aksi brutal lainnya, adalah pembakaran para petani dan fakir miskin Muslim Wallachia pada acara penobatan kekuasaannya. Para petani dan fakir miskin ini dikumpulkan dalam jamuan makan malam di salah satu ruangan istana. Tanpa disedari, mereka dikunci dari luar, kemudian ruangan itu dibakar.

Aksi kejam lainnya adalah dengan menyebar virus penyakit mematikan ke wilayah-wilayah yang didiami kaum Muslimin. Dia juga memerintahkan pasukannya meracuni Sungai Danube. Ini adalah taktik Dracula untuk membunuh pasukan Khilafah Uthmaniyah yang membangun kubu pertahanan di selatan Sungai Danube.

Pada 1462 M, Khalifah Uthmani, Sultan Mehmet II mengirim 60 ribu pasukan untuk menangkap Dracula hidup atau mati. Pemimpin pasukan adalah Radu, adik kandung Dracula. Mengetahui rencana serangan ini, Dracula menyiapkan aksi terkejamnya untuk menyambut pasukan Turki.

Seminggu sebelum penyerangan, dia memerintahkan pasukannya untuk memburu seluruh umat Islam yang tersisa di wilayahnya. Terkumpullah 20 ribu umat Islam yang terdiri dari pasukan Turki yang tertawan, para petani, dan rakyat lainnya. Selama empat hari mereka diiring dengan telanjang bulat dari Tirgoviste menuju tepi Sungai Danube. Dua hari sebelum pertempuran, para tawanan disula di sebuah tanah lapang. Mayat-mayat tersula tersebut kemudian diseret menuju tepi sungai. Lalu dipancang di kiri dan kanan jalan, yang membentang sejauh 10 km untuk menyambut pasukan Turki.

Pemandangan mengerikan ini hampir membuat pasukan Turki mental. Namun semangat mereka kembali membara melihat kesungguhan pemimpin mereka menentang musuh. Pasukan Turki berhasil mengepung Benteng Poenari. Kerana terdesak, isteri Dracula memilih untuk membunuh diri dengan terjun dari salah satu menara benteng. Sedang Dracula melarikan diri ke Hungary melalui lorong rahsia. Hingga tahun 1475 M Wallachia dikuasai oleh Khalifah Turki Uthmaniyah, sebelum akhirnya direbut kembali oleh Dracula yang disokong pasukan salib dari Transylvania dan Moldavia.

Dracula tewas dalam pertempuran melawan pasukan Turki pimpinan Sultan Mehmet II di tepi Danau Snagov, pada Desember 1476. Kepala Dracula dipenggal, kemudian dibawa ke Konstantinopel untuk dipertunjukkan kepada rakyat Turki. Sedang badannya dikuburkan di Biara Snagov oleh para biarawan.

Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib

Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna menyatakan bahawa kisah Drakul tidak boleh diketahui ramai kerana penglibatannya di dalam Perang Salib. Setelah bebas dari Turki dan memerintah Wallachia, Vlad telah mewakili Kristian bagi pihak Hungary dan memerangi tentera Islam. 

Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan terhadap umat Islam. Hyphatia memaparkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300.000 jiwa umat Islam. Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam, yaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.  Membunuh dan menyeksa orang-orang Islam memberi keseronokkan kepada Dracula.

Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, yaitu seseorang itu ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang ujungnya ditajamkan. Korban yang telah ditusuk kemudian dimasukan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkongan hingga menembus kepala melalui mulut. Tidak hanya orang dewasa saja yang menjadi korban kekejaman penyulaan, tapi juga bayi.


Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab. Pertama, pembunuhan beramai – ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.

Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mau tercoreng wajahnya. Mereka termasuk yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai – ramai oleh Hilter dan Pol Pot, tidak ingin membuka aib mereka sendiri. Dan ini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin tampil seperti pahlawan.

Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walau bagaimana pun kejamnya Dracula, nama baiknya akan selalu dilindungi. Sehingga di Romania saat ini, Dracula masih dianggap pahlawan. Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan – pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala keburukan, kejahatan dan kelemahannya.

Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula. Mereka berusaha agar sejarah jati diri Dracula yang sebenarnya tidak terkuak. Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini berhasil. Ukuran keberhasilan ini dapat dilihat dengan banyaknya masyarakat, khususnya umat Islam sendiri yang tidak mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula. Masyarakat umum hanya mengetahui bahwa Dracula adalah merupakan lagenda vampire yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah sebenarnya.

Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula. Seperti yang telah diketahui umum bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, yaitu bawang putih dan salib. Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan dikalahkan. Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan mujahid-mujahid Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka.

Sultan Mehmet II yang juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam. Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, ia adalah seorang yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danau Snagov. Namun barat berusaha memutarbalikkan fakta ini.

Mereka berusaha menciptakan cerita sejarah agar merekalah yang terlihat mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahwa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib. Tujuannya adalah ingin menghilangkan peranan Sultan Mehmet II sekaligus untuk menunjukkan bahwa merekalah yang paling hebat, yang bisa mengalahkan Dracula, anak setan yang haus darah. 

sumber dan rujukan: eramuslim.com & beritaunik.net
sumber lain : https://www.livescience.com/40843-real-dracula-vlad-the-impaler.html

Wallahualam
Dikuasakan oleh Blogger.