Top ten best korean drama 2016/2017 | Review Dan Rekomendasi Drama Korea Yang Best & Paling Popular 2016/2017


Kali ini i nak promote drama Korea yang terbaru pula. Khas buat peminat tegar drama Korea dan yang baru-baru nak menjinakkan diri. Selalu korang tonton drama Korea di mana? Astro atau online? I tengok online je. Kalau nak tahu di mana nak tonton drama online komen di bawah ya. Sebabnya kan...bila tak ada komen i rasa macam cakap sorang je. Terfikir pulak ada ke orang baca review i ni. Tapi takpe...passion punya pasal, i teruskan perjuangan menaip hingga titisan ke akhirnya.

Okey Drama Korea Romantik Yang Mana Paling Best dan Popular tahun 2016/2017? Banyak tau list drama best tahun ni. I pilih yang i suka je ok?

#1-Goblin - The Lonely and Great God ( 16 episod )

Drama ini dibintangi oleh Gong Yoo, Kim Go-Eun, Lee Dong-Wook, Yoo In-Na, Yook Sung-Jae dan ramai lagi. Goblin adalah drama bertemakan cinta fantasi, romantik dan komedi. Ianya berkisar tentang seorang general di zaman silam yang gagah perkasa dan menjadi terlalu popular sehingga membuatkan raja pada zaman itu cemburu dan membunuhnya. Namun di atas doa penduduk yang sangat menyanjunginya dia telah diberi peluang untuk terus hidup sebagai Goblin. 


Di dalam mitos Korea, Goblin atau nama panggilan lainnya Dokkaebi adalah entiti yang mempunyai kuasa luar biasa tetapi sering menolong manusia. Begitulah halnya dengan Goblin di dalam drama ini. Dia diberi keistimewaan dengan kuasa yang besar tetapi disumpah di dalam masa yang sama. Dia disumpah kerana dosanya membunuh banyak jiwa semasa dia menjadi general dengan sumpahan hidup selamanya. Cuma ada 1 sahaja cara untuk matikan Goblin iaitu dengan pertolongan pengantinnya. 

Biarpun kita rasa apa sumpahannya dapat hidup selamanya..bukan ke seronok? tapi sebenarnya apabila telah hidup lebih dari 900 tahun, Goblin amatlah kesunyian. Dia ingin mati kerana tidak sanggup hidup dalam kesunyian dan kesedihan melihat orang-orang yang rapat dengannya 1 demi 1 mati meninggalkannya. 

Akhirnya Goblin bertemu dengan seorang gadis sekolah tinggi yang mempunyai kuasa melihat roh-roh dan gadis itu mengaku dia adalah pengantin Goblin. Kegembiraan Goblin bertemu dengan pengantinnya bertukar menjadi duka apabila Goblin yang tidak pernah jatuh cinta, jatuh cinta dengan gadis itu. Masalah terjadi apabila Goblin yang sepatutnya menamatkan riwayatnya sering melambatkan proses hingga menyebabkan entiti tertinggi marah. Apakah kesudahan kisah cinta mereka? Saksikanlah sendiri. 


Drama ini adalah drama terbaik Korea i pernah tonton sepanjang hidup. Biarpun dari gaya penceritaan i di atas, drama ini bunyinya seperti sangat serius, sebenarnya cerita ini amatlah lucu. Kehadiran Grim reaper atau pencabut nyawa sebagai teman serumahnya membingitkan keadaan kerana mereka sering mengusik dan tidak berpuas hati antara satu sama lain. Namun "bromance" mereka yang membuat drama ini sangat menarik. 

Komedi superb, lakonan semua pelakon superb, jalan cerita superb. Semua Superb. Babak sedih superb. Lagu dalam drama, semuanya superb jugak. Highly recommended.

Rating saya  : 9.5/10 MESTI TONTON 

#2-The Legend of the Blue Sea ( 20 episod )

Peneraju utama drama ini adalah Oppa Lee Min Ho dan Gianna Jun. Drama ini adalah drama lakonan terakhir Lee Min Ho sebelum dia memulakan latihan tentera selama 2 tahun. Dia hanya akan kembali pada pertengahan tahun 2019. Kecian encem-encem kena masuk tentera. Namun itu adalah kewajipan negara. Wajib pergi tak kira siapa.


Drama ini juga adalah drama bertemakan fantasi romantik. Ianya berkisar kepada dua masa. Masa silam dan masa kini. Masa lalu Lee Min Ho menjadi pegawai kerajaan yang membantu ikan duyung yang ditangkap pulang ke laut. Di zaman kini  Lee Min Ho adalah conman yang pandai membuat helah dan bijak mengenakan mangsanya. Dia bertemu ikan duyung semasa bercuti ke luar negara.

Ok je cerita ni. Boleh tonton, menghiburkan, terutamanya ikan duyungnya. Yang saya kurang minat adalah kisah zaman silam dan zaman kini berselang seli. Kisah zaman silamnya agak boring bagi saya kerana saya suka melihat ikan duyung pada zaman kini. Tetapi kisah zaman silam itu perlu kerana ianya berkaitan dengan zaman kini. Drama Lee MinHo Jarang mengecewakan. Tengok muka dia pun rasa dah best drama tu, kan? 

Rating saya : 8.5/10 MESTI TONTON

#3-Shopaholic Louie ( 16 episod )


Hero drama ini adalah si kacak Seo In-guk. Lucu gila cerita ni. Drama ini mengisahkan seorang anak muda kaya raya yang terlalu spoil dan gila shopping. Dia seorang yang terlalu pakar di dalam bab shopping online dan di luar talian. Pada suatu hari Loiue mengalami kemalangan dan hilang ingatan. Dia menjadi gelandangan dan bertemu dengan gadis kampung yang miskin. Biarpun Louie hilang ingatan, dia tidak pernah lupa untuk bershopping dan oleh kerana terlebih manja dia tidak pernah pandai bekerja. Saksikanlah sendiri bagaimana Louis hidup bersama gadis miskin itu. Yang kelakarnya, orang sekeliling secara auto menjadi hamba abdi kepada Louie biarpun mereka tidak tahu identiti Louie yang sebenar. Watak-watak yang lain juga lawak. Lawak memang lawak. Kanak-kanak pasti suka tonton drama ini. Dramanya ringan dan simple aja. Highly recommended kalau suka drama kelakar dan ringan.

Rating saya : 8.5/10

#4- Moon Lover -Scarlet Heart  ( 20 episod )

Main Lead: Lee Joon Gi, IU


Drama fantasi romantic. Berkisar tentang gadis masa kini yang ter"teleport" ke zaman era dinasti Goryeo. Biarpun dia keliru dengan apa yang berlaku dia tabah menjalani hidup dan jatuh cinta dengan putera-putera raja. Salah seorang dari putera raja itu adalah Wang So. Wang So adalah anak raja yang terbuang kerana dibenci oleh ibunya, tetapi akhirnya Wang So menjadi raja. Dramanya sangat menarik. Kita dapat saksikan kekejaman pemerintah dan undang-undang zaman silam. Watak Wang So adalah inspirasi dari kisah benar Raja keempat Dinasti Goryeo yang juga bernama Wang So. Watch Out Girls...Ramai lelaki hot dalam drama ni.

Drama ini agak serius ok? Ada babak lucu tapi tak banyak. Romance - superb. Lelaki hot - superb 

Rating saya : 9/10

#5-Man to Man ( 16 Episod )

Main Lead : Park Hae Jin, Kim Min Jung


Drama ini berkisar tentang seorang agent yang membuat kerja undercover menjadi bodyguard kepada pelakon popular. Drama ini yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Park Hae Jin pada tahun 2017. Lakonan Park Hae Jin superb macam biasa, action dalam drama ni ok, babak komedi ok, Lakonan pelakon utama kedua iaitu Park Sung Woong pun ok, legend tu takkan tak ok kan? Dressing Park Hae Jin macam biasa...dia tampak segak gila cuma ada 1 masalah dengan drama ni. Pemilihan pelakon wanita dia tak kena. Janggal sekali gandingan Hae Jin dan Kim Min Jung menjadikan cerita ini terasa kurang garam. Walaupun Hae Jin aktor kesayangan i, i terpaksa mengaku i tak suka sangat drama ni sebab gandingan pelakonnya. Drama mana yang u wish hero tak end up dengan heroin? Ini lah drama nya kot. Bromance dia pun tak begitu menjadi.

Romance - sux , action ok, komedi - ok, bromance - so so but not that bad. Boleh layan lagi. Jalan cerita pun ok. Cuma romance dia tak begitu menjadi. Park Hae Jin macam biasa terlebih kacak dalam mana-mana dramapun. 

Rating saya: 7.5/10 

#6-My Secret Romance ( 13 episod )

Main lead : Sung Hoon,  Song Ji Eun

Drama romantik komedi ringan yang sweet sangat. Inilah satu-satunya drama Korea yang i terus jatuh cinta dengan heroinnya. Drama lain kena ambil masa 2,3 episod kenal heroin dia punya karekter then baru u suka kan? Sebab Korea memang suka buat watak heroin dia macam clumsy, rambut saja diaorang style kan comot dan ada certain-certain case dia buat heroin tu nampak macam bodoh. Silap-silap kita boleh suka 2nd lead pulak. Lain pula dengan drama ni sebab heroin dia cute sangat.


Drama ini mengisahkan seorang lelaki bernama Jin Wook, anak kepada ahli perniagaan yang kaya raya dan ternama ( cliche cerita Korea ) dan seorang gadis dari golongan biasa bernama Yoo Mi. Jin Wook selalunya tidak begitu berminat bermain cinta tetapi hatinya berubah sejak bertemu Yoo Mi. Mereka bertemu di dalam bas semasa ayah Jin Wook cuba mengajar anaknya hidup susah dan bekerja jika mahu mewarisi perniagaannya. Yoo Mi menetap di hotel milik keluarga Jin Wook. Entah bagaimana mereka akhirnya terlanjur tidur bersama.


Yoo Mi sememangnya gadis yang baik, apabila dia sedar pada waktu paginya, dia menyesal dan terus lari meninggalkan Jin Wook yang masih tidur. Yoo Mi menganggap kejadian itu hanyalah sebagai kisah satu malam atau one night stand. Biarpun dia juga telah mula jatuh cinta, dia nekad untuk melupakan peristiwa itu kerana tidak mahu dianggap perempuan murahan.

Tiga tahun kemudian, Yoo Mi mendapat kerja di syarikat milik Jin Wook. Dia tidak tahu menahu langsung bahawa bossnya adalah lelaki yang pernah ditidurinya. Jin Wook yang ternampak Yoo Mi mulai memasang perangkap kerana dendam dan rasa sakit hati ditinggalkan selepas malam itu. Pelbagai cara digunakan untuk membuli Yoo Mi. Apa yang Yoo Mi tidak tahu ialah Jin Wook telah banyak berubah semenjak malam itu. Hatinya sangat sengsara dan kerinduan kerana itu dia melepaskan marahnya setiap hari kepada Yoo Mi. Apakah kesudahan kisah cinta 2 sejoli ini? Wajib tonton kalau suka drama romantik komedi ringan. Sweet sangat love story dalam drama ni.

Kissing superb !!! Romance terlalu sweet !! 13 Episod.

PG 13 kot drama ni, tak sesuai kasi anak-anak kecil tonton sendirian, banyak adegan kissing yang hot.

Rating saya : 8.5/10

#7-Defendant

Main Lead : Ji Sung, Uhm Ki-Joon


Drama ini tiada romance. Drama yang serius berat. Drama mengenai undang-undang dan jenayah. Kisah pendakwaraya yang jujur di dalam tugasnya melawan seorang penjenayah kolar putih yang sangat licik. Sepandai-pandai pendakwaraya itu, dia kalah apabila bertembung ruasnya. Drama ini membuatkan montot anda tak senang duduk kerana sakit hati dengan penjahatnya. Dahla jahat, psycho pulak tu, dah lah psycho cerdik gila babas punya, dahla cerdik, ada kuasa pulak. Saksikanlah bagaimana susah payahnya pendakwaraya ini cuba untuk menyabitkan kesalahan penjahat itu.

Kalau u tengok di poster tu, u nampak pendakwaraya yang kena masuk penjara angkara penjahat ni. After all i rasa Uhm Ki-Joon boleh menang award pelakon penjahat terbaik. Memang bersahaja je dia berlakon.

Ada 2,3 babak i rasa tak logik jadi i beri rating 8 je.

Lakonan kedua-dua lead sangat mantap. Terkesan di dalam hati kita.

Rating saya : 8/10

#8-Descendants of the Sun ( 16 episod )

Main Lead : Song Joong Ki, Song Hye Kyo, Jin Goo, Kim Ji Won

Tak payah review kot drama ni. Drama yang terlampau famous. Peminat korean drama mana tak tahu pasal drama ni? Kisah percintaan antara 2 doktor wanita dan 2 lelaki dari bahagian skuad special unit. Mereka sama-sama bertugas di Uruk.


Story line - best |  Action - best  | Romance - best | Lawak - best

Rating saya  : 9/10 MESTI TONTON

#9-Suspicious Partner atau Love in trouble ( 20 episod )

Drama lakonan Ji Chang-Wook dan Nam Ji-Hyun. Drama ini berkisar kepada kisah peguam dan pendakwaraya. Kalau anda rasa drama peguam dan jenayah adalah membosankan. Sila tukar fikiran kerana drama ini cukup menarik. 40% romance, 40%  Jenayah dan 20% komedi. Drama berkisar tentang pendakwaraya ( Ji Wook ) yang sedang kecewa dicurangi oleh kekasihnya, bertemu dengan seorang wanita ( Bong Hee ) di dalam subway. Ji Wook yang sememangnya baik telah di salah anggap oleh Bong Hee sebagai pencabul kerana berfikir Ji Wook telah merabanya. Kemudian mereka bertemu lagi di sebuah hotel di mana Bong Hee telah menyaksikan kecurangan kekasihnya. Ji Wook yang bercadang untuk membalas dendam kepada Bong Hee merasa simpati pula dengan nasib Bong Hee dan membantunya.


Bong Hee rupanya adalah pelajar jurusan undang-undang. Semasa praktikal kerja, Bong Hee telah ditugaskan di pejabat Ji Wook sebagai pembantunya. Tetapi sesuatu telah terjadi di mana bekas kekasih Bong Hee telah dijumpai mati di apartment Bong Hee. Pelbagai jenis misteri menyelubungi drama ini. Akhirnya Ji Wook menolong Bong Hee dan menyebabkan kerjayanya sebagai pendakwaraya berakhir. Ji Wook sangat sengsara bekerja sebagai peguam bela. Dia tidak dapat menahan emosi kerana terpaksa membela penjenayah. Pelbagai kejadian lucu terjadi apabila dia menjadi peguam bela.

Bong Hee tiba-tiba merasa dia telah jatuh cinta dengan Ji Wook kerena merasakan Ji Wook lelaki yang terlalu baik tetapi Ji Wook terlalu dingin dengannya. Bagaimanapun takdir menyebabkan mereka sering bertemu. Ji Wook tidak sedar bahawa dia sendiri sebenarnya telah jatuh hati pada Boon Hee. Dia sendiri pelik mengapa dia tiba-tiba menjadi prihatin terhadap wanita itu. Selepas direject beberapa kali Boon Hee akhirnya tawar hati untuk mencuba mencuri hati Ji Wook lagi. Dia pendamkan rasa hatinya dan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri.

Di saat itu tiba-tiba Ji Wook pula cuba untuk memenangi hati Boon Hee tetapi Boon Hee yang telah tawar hati tidak memberi respon kepada Ji WOok. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka. MESTI TONTON. Drama ini terlalu menarik.!!!

Ulasan saya tidak menarik tetapi drama in sangat menarik. Plot ceritanya menarik dan moving. Drama ini tidak fokus pada kisah cinta sahaja tetapi pada kisah jenayah juga. Pembunuh di dalam cerita ini agak licik dan memberi banyak masalah kepada mereka.

Peminat Ji Chang Wook harus menonton drama ini kerana Ji Chang Wook extra handsome di dalam drama ini. Pandangan mata dia menikam kalbu..bibir dia OMG...Berbeza dengan drama-drama terdahulu, drama kali ni Chang Wook kurangkan action tetapi lebih lawak. Pelakon wanita itu pula, sangat cute. Perangainya betul-betul lucu. Mesti Tonton!!

Rating saya : 9.5/10

#10-Fight For My Way ( 16 episod )

Main Lead : Park Seo Joon dan Kim Ji Won


Sweet Romantik Love Story. Drama ini adalah berkisar kepada realiti kehidupan yang dialami oleh 4 sahabat karib yang berada di kelas bawahan dan pertengahan. Ko Dong Man tiba-tiba berminat untuk meneruskan kembali perjuangannya di dalam bidang martial arts yang terkandas. Biarpun dia menerima banyak dugaan, dia tetap tabah dalam perjuangannya merebut gelaran champion demi memperbaiki kehidupannya disamping membuat apa yang sebenarnya dia inginkan. Kegigihan Ko Dong Man mengajar kita supaya berbuat apa yang hati kita sebenarnya inginkan.

Choi Ae-ra pula bercita-cita untuk menjadi pengacara sedari kecil tetapi akhirnya bekerja sebagai peyambut tetamu di pusat membeli belah. Ae ra sanggup menerima apa saja dugaan bekerja di situ biarpun dia tidak gembira demi untuk menampung hidup. Akhirnya dia mengejar kembali impiannya untuk menjadi pengacara tv tetapi menghadapi banyak rintangan. Namun biarpun gagal dan ditolak berulang kali dia tetap tabah mencuba. Dong Man dan Ae Ra bersahabat baik selama 23 tahun. Mereka menyokong dan sentiasa berada disisi satu sama lain ketika susah dan senang.

Seperti biasa, lelaki dan wanita susah hendak berkawan, pastinya masalah hati akan timbul juga lebih-lebih lagi apabila melibatkan wanita yang comel dan lelaki yang hot. Selepas 23 tahun Dong Man baru sedar yang dia sentiasa bergetar apabila berdepan dengan Ae Ra dan sentiasa menjadi cemburu jika Ae ra didampingi oleh lelaki lain. Ae Ra pula memang sudah lama memendam rasa cinta terhadap Dong Man tetapi tidak dapat meluahkan rasa kerana kekasih Dong Man sentiasa muncul dalam hidup mereka.

Kim Joo-man dan Baek Seol-hee adalah pasangan yang telah bercinta selama 6 tahun. Joo man bekerja sebagai pembantu pengurus yang bercita-cita untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk kekasihnya dan Baek Seol Hee pula adalah seorang wanita baik hati yang berkorban apa saja demi cintanya kepada Joo Man. Mereka berdua adalah teman karib Dong Man dan Ae Ra semenjak kecil lagi.

Dramanya sweet dan kelakar, memberi inspirasi kepada kita untuk mengejar cita-cita dan impian hidup.  Juga mengajar kita erti persahabatan. Dramanya light saja tapi moving dan tidak boring.

Rating saya : 8.5/10

Sekian dulu..

*Photo and gif belongs to their respective owner.


Best korean drama 2016/2017, korean drama recommendation, Korean drama review, top 10 best korean dram 2016/2017
Dikuasakan oleh Blogger.