Resepi Ayam Tandoori Menjilat Jari. Jom Buat Sendiri Baru Puas Makan!

https://kongxie.blogspot.my/2017/08/resepi-ayam-tandoori-menjilat-jari-jom.html

Sedapnya ayam tandoori. Makan pula dengan cheese naan memang meletop-letop dalam mulut. Apa kata kita buat sendiri ayam tandoori dari kita asyik dok makan kat mamak nuuu. Baru puas makan! Jom cuba resepi dari MamaMia Kitchen ni. Terima kasih tuan punya resepi. Selamat mencuba!

RESIPI AYAM TANDOORI YANG SANGAT SEDAP

Sumber : wakethetime.com
Olahan : MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:(untuk 2 ekor ayam dipotong 4)-saya buat 2 ketul bahagian paha sahaja

Campuran rempah ratus:

1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
2 inci hirisan halia
2 sudu kecil garam
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin-saya tak blend...cuma sapukan pada ayam panas2 setelah ayam masak
2 ikat daun pudina-tak letak sbb takde stok
2 biji buah lemon-saya gantikan dengan limau nipis
1 cawan susu cair
2 ikat daun ketumbar
sedikit pewarna merah

Cara membuat tairu:

Potong lemon (saya guna 1 biji limau nipis) dan gunakan 1/2 sahaja. Kemudian perahkan kedalam satu cawan susu cair. Kacau sehingga sebati.Susu akan berubah tekstur. Kalau malas nak buat beli plain yogurt.

Cara membuat bahan perapan:

Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar.

Perah satu biji lemon ke dalamnya. Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt.

Kisar bahan-bahan tersebut hingga sebati.

Kemudian lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata.

Perapkan ayam didalam beg kedap udara. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.

Perap selama 5 jam. Saya perap semalaman.

Bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam. Kalau nak cepat,boleh goreng seperti biasa ataupun guna pemanggang ajaib..Siap.


https://kongxie.blogspot.my/2017/08/resepi-ayam-tandoori-menjilat-jari-jom.html
 Alaskan ayam dengan aluminium foil supaya tak cepat hangus

https://kongxie.blogspot.my/2017/08/resepi-ayam-tandoori-menjilat-jari-jom.html
 Lepas ayam dah masak, terus sapu marjerin pada ayam supaya nampak cantik berkilat

https://kongxie.blogspot.my/2017/08/resepi-ayam-tandoori-menjilat-jari-jom.html
Siappp!.. Makanlah puas-puas...😀😁😃

Sumber : MamaMia Kitchen
Dikuasakan oleh Blogger.