PETUA UNTUK MERAWAT GOUT MENGGUNAKAN 3 BAHAN MASAKAN DI DAPUR SAHAJA


Petua ini dikongsikan oleh seorang wanita bernama Cik Mil Neena yang telah mencuba sendiri minuman ini untuk merawat suaminya yang telah lama menderita kerana penyakit gout. Mari baca kisah Cik Mil Neena sepenuhya.

Hari ni saya nak share satu petua bagi sesiapa yang ada gout… alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.

Macam-macam petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last-last terpaksa la makan ubat farmasi .. allupurinol untuk turunkan paras asid urik. Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh pisah dengan dua jenis ubat ni kan!

Bahan-bahan dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja.
Bahan-bahan:

1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon


Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.

Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.

Minum 2 kali sehari.. selepas bangun tidur dan waktu nak tidur.

Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.

Kesan dalam masa sebulan ni.. makan udang dekat 1kg… suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lg dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu. Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun. Berat dia pun turun 2kg mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia.

Cubalah saya halalkan untuk anda kongsi dan sama-sama amalkan.

Setiap penyakit ada penawarnya . Kita cuma berusaha..
bagi yang tiada gout .. jaga makan.. jangan terlalu obses dengan makanan laut mcm suami saya hehe makan berpada2 ya.

Kongsikan, semoga bermanfaat.

Sumber : Cik Mil Neena

Makanan yang patut di elakkan untuk penghidap gout





Makanan yang bagus untuk dikonsumi oleh pesakit gout

Dikuasakan oleh Blogger.