Lawak | 12 penjenayah paling bengong dalam dunia

Berbagai jenis jenayah dan penjenayah ada di dunia ini. Ada jenayah yang dirancang dengan begitu teliti hingga sukar untuk menyabitkan kesalahan penjenayah tersebut manakala ada juga penjenayah yang bengong hingga mudah-mudah saja tertangkap kerana kebodohan mereka sendiri. Mari kita lihat kisah lawak penjenayah-penjenayah ini. 


#1 Menconteng muka dengan pen marker supaya tidak dikenali
Sebelum memecah masuk ke sebuah apartment, Matthew McNelly dan Joey Miller telah merancang untuk menconteng muka mereka dengan pen marker supaya tidak dikenali. Masalahnya pen marker tersebut adalah jenis kekal atau permanent. Selepas rompakan, polis mudah-mudah saja dapat menangkap mereka kerana rupa mereka yang berconteng kekal itu sangat mudah dikenalpasti.


#2 Cuba meminta pulangan duit untuk kokain yang dibelinya
Eoise Reaves membuat tindakan untuk melaporkan kepada polis tentang kokain pembeliannya yang tidak berkualiti dan meminta polis itu untuk mendapatkan wangnya semula. Eoise menunjukkan kokain pembeliannya sebagai bukti lantas membuatkan dia tertangkap.


#3 Penyamun meninggalkan nombor telefon kepada kashier
Ruben Zarate yang berusia 18 tahun telah memecah masuk ke sebuah kedai dan cuba meminta kashier di kedai tersebut untuk mengeluarkan duit. Ruben memakai penutup muka dan lengkap bersenjata. Malangnya duit kesemuanya telah disimpan ke dalam kotak simpanan yang kuncinya disimpan oleh pemilik kedai itu. Zarate mengambil keputusan untuk meninggalkan 2 nombor telefonnya kepada kashier tersebut dengan harapan kashier itu akan menghubunginya apabila pemilik kedai itu pulang ke kedai nanti. Ruben mendapat panggilan tidak lama kemudian, bukan dari kashier atau pemilik kedai tetapi dari polis. 


#4 Sementara merompak sempat isi borang permohonan kerja
Dementrius Robinson yang berusia 28 tahun bertindak merompak sebuah kedai tetapi kemudiannya bertanya tentang kerja kosong. Kerani itu memberikan dia borang untuk jawatan kosong. Dementrius mengisikan nama penuh bersama-sama nombor telefon pakciknya sebagai penjamin tetapi alamatnya tidak jelas. Tidak lama selepas itu dia ditangkap oleh polis. Dia tidak berjaya mendapat pekerjaan di kedai itu.


#5 Login facebook di rumah yang dirompak
Pada tahun 2011 Trevor Jones, 34 sempat login ke akaun facebooknya dan memberi komen serta like beberapa posting baru di rumah yang dirompaknya. Semasa polis tiba ke rumah berkenaan, pihak polis hairan apabila melihat komputer rumah itu seolah-olah baru ditutup dan masih terasa hangat. Apabila dibuka tuan rumah terkejut melihat akaun facebook orang yang tidak dikenalinya. Gara-gara ketagihan facebook membuatkan Trevor mudah-mudah aje dikesan oleh pihak polis. Ketagihan sosial media nampaknya memberi kesan yang tidak elok kepada banyak pihak termasuklah kepada perompak. 




#6 Pencuri kereta tak pandai memandu kereta manual
Kejadian berlaku di Omaha, Nebraska. Seorang ibu yang bercadang untuk menghantar anaknya ke sekolah terbantut apabila dia bertemu dengan Mganga yang berusia 17 tahun. Mganga megacukan pistol dan berlari masuk ke dalam kereta ibu itu bertujuan untuk mencurinya. Malangnya Mganga tidak tahu yang kereta itu adalah kereta manual. Kejadian itu akhirnya menjadi drama lucu ibarat sitcom mr bean apabila dia berusaha selama 7 minit untuk cuba memandu kereta itu. Percubaannya memandu menjadi kelam kabut dengan lampu terbuka di siang hari dan viper juga beroperasi. Jiran menghubungi polis dan polis datang 8 minit selepas itu. Polis menjumpai kereta itu terkandas melanggar pagar. Selepas gagal memandu kereta tersebut, Mganga bertindak melarikan diri namun tertangkap juga di beberapa blok dari tempat kejadian. Polis mendapati pistol yang digunakan adalah pistol tiruan.


#7 Post Selfie Hasil Rompakan ke Facebook
Pasangan kekasih John Morgan, 28 dan Ashley Duboe, 24 bertindak memuat turun gambar selfie mereka bergaya dengan duit hasil rompakan bank ke facebook sehari selepas merompak bank di Ohio. Sudah tentu mudah-mudah saja mereka ditangkap polis. 

#8 Perompak pekak tak dengar bunyi alarm
Pada bulan August tahun 1995 Klaus Schmidt telah masuk ke dalam sebuah bank dengan penuh rasa konfiden. Dia mengacukan pistol kepada kerani bank dan menyuruh mereka menyerahkan wang. Sesuatu kesilapan berlaku apabila kerani itu bertanya jika dia inginkan wang itu di dalam bag. Klaus yang sememangnya pekak menjawab "iya ini pistol betul" Kerani itu dapat meneka bahawa perompak itu seorang yang pekak lalu menekan loceng kecemasan di bawah meja. Klaus tidak mendengar bunyi alarm kecemasan lantas tertangkap dengan mudahnya.


#9 Geng perompak menggunakan keldai sebagai kenderaan 
Jika kita hendak merompak sudah tentu kita memilih kenderaan yang paling laju supaya kita dapat melarikan diri dengan jayanya. Pilihan terbaik samada kereta sport atau motorsikal tetapi lain halnya dengan geng perompak Colombia yang bengong ini apabila memilih keldai sebagai kenderaan mereka. 12 jam sebelum rompakan berlaku mereka telah bertindak mencuri seekor keldai berusia 10 tahun. Ya mungkin 12 jam tak cukup masa untuk mendapatkan kereta atau mencuri motor. Lebih baiklah mencuri keldaikan? Rompakan berjalan dengan lancar. 3 perompak itu  merompak kedai runcit dan mencuri bekalan makanan dan rum yang secukupnya. Malangnya sewaktu melarikan diri. Keldai itu tidak mahu memberi kerjasama. Keldai itu membuat bunyi bising hingga menarik perhatian polis dan orang sekeliling. Perompak-perompak itu terpaksa melarikan diri dan meninggalkan keldai itu bersama-sama hasil rompakan mereka di atas badan keldai tersebut. Kenapalah mereka ni bijak sangat?


# 10 Telefon bank sebelum merompak
Pada bulan Mac tahun 2010, Albert Bailey seorang bekas pesalah juvana telah merancang untuk merompak sebuah bank di Fairfield, Connecticut. Untuk memudahkan urusan Albert telah menelefon pihak bank terlebih dahulu memberitahu bahawa dia dan teman akan datang merompak. Tujuan dia menelefon terlebih dahulu supaya pihak bank sempat menyediakan wang. Maka dia dan temannya senang-senang saja masuk ke dalam bank, mengambil wang dan keluar.  Albert meminta bank supaya menyediakan wang sebanyak 100k usd. Mereka kemudiannya pergi ke bank untuk mengambil wang yang dipesan tetapi pihak bank telah awal-awal menghubungi pihak polis. Mereka terus ditangkap tanpa sebarang insiden berlaku.

#11 Pecah masuk rumah yang penuh dengan polis
Rasanya semua orangpun tahu kalau nak pecah masuk rumah orang, pastikan rumah tiada orang dan sebagainya tetapi lain pula cerita dengan Darren Kimpton. Dia memecah masuk rumah yang penuh dengan polis. Sememangnya rumah itu baru lepas dipecah masuk oleh perompak lain. Tetapi itu bukan kali pertama Darren gagal merompak pada hari itu. Sebelumnya pada hari yang sama dia telah cuba memecah masuk ke rumah berdekatan tetapi gagal kerana itu dia mencuba rumah yang lain pula. Di rumah pertama, dia hanya berjaya melukakan diri sendiri kerana tingkap kaca yang dipecahkannya. Darahnya yang tertinggal di rumah berkenaan membabitkan Darren atas 2 cubaan pecah rumah.

#12 Perompak serahkan pistol 
Seorang perompak bank di Kota London membawa sepucuk pistol dan sebuah beg. Dia masuk ke dalam bank dan meminta pihak bank menyerahkan 700k pound sterling. Segalanya berjalan dengan lancar. Apabila tiba masanya dia cuba memberikan bag kepada pihak bank untuk memasukkan duit tetapi dia tersilap memberi pistol. Suasana menjadi sunyi dan janggal sebentar apabila perompak itu menyedari kesilapannya. Kerani bank yang mendapat pistol itu juga merasa keliru dan panik. Perompak itu cuba mengambil pistolnya semula tetapi kerani bank itu tersedar dari lamunan dan mengacukan pistol itu kepada perompak itu pula. Perompak itu bertindak melarikan diri tetapi dia tidaklah balik dengan tangan kosong tetapi berjaya membawa lari basikal kepunyaan pekerja bank tersebut bersamanya. Hingga kini perompak itu tidak pernah ditangkap.

Haizz sakit perut ketawa baca kisah diaorang ni. Macam-macam jenis orangpun ada kat dunia ni.

#Photo belongs to their respective owners
Dikuasakan oleh Blogger.