Gambar Lawak Tips Kecantikan dan Cara Menghilangkan Stress Dari Binatang Comel | 10 Gambar


Rasa stress? Rasa sedih? Rasa sepi dan kekosongan? Mari tengok gambar dan dapatkan tips  dari binatang-binatang yang obsess nak cantik dan pandai menjaga kesihatan ini. Pastinya membuat mood korang bertukar menjadi ceria. For your info, bukan manusia je yang pandai melawa dan menjaga kecantikan dan kesihatan. Semoga gambar-gambar ini memberi inspirasi dan manfaat kepada kita semua.


Ini cara burung hantu menjaga kecantikan matanya. Meletakkan timun ke mata 10 hingga 15 minit sehari boleh menyegarkan mata dan menghilangkan kedutan. Dan yang paling penting sekali boleh menghilangkan kehitaman di bawa mata.


Ya betul tu sayang. Kadang-kadang kita perlu untuk relaxkan diri kita di spa. Lupakan kerja rumah atau kerja di pejabat sebentar dan cari waktu untuk manjakan diri anda.


Bila stress ambil peluang untuk merehatkan diri berendam di dalam air suam seperti si comel ini. Letakkan sedikit minyak aromaterapi bergantung kepada keperluan masing-masing.


Kucing-kucing ini mengajar kita bahawa, selain dari spa dan memanjakan diri, berbual dengan teman adalah salah satu cara untuk menghilangkan stress. (  facts )


Jangan lupa menjaga kecantikan rambut. Seminggu sekali atau 2 minggu sekali lakukan steam rambut atau lakukan cream bath. Ini untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan rambut supaya rambut menjadi sihat, lembut dan bersinar. <---nasihat dari cik biri-biri


Jangan lupa rawatan muka. Seminggu atau 2 minggu sekali lakukan facial treatment dan tumpukkan masker ke wajah anda. Ada pelbagai jenis masker ada dijual di luar sana atau buat sendiri di rumah. Inilah antara rahsia untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik berseri.  <---nasihat dari cik itik.


Sekali sekala pergilah manjakan diri berurut. Berurut dapat menghilangkan stress, membuat diri kita relax dan menghilangkan lenguh-lenguh.


Dapatkan tidur secukupnya. Masalah dan kerja yang banyak kalau difikirkan tidak akan selesai. Tidur dan rehatkan minda kemudian bermula lagi esok hari dengan minda yang segar. Lihat contoh anak kucing, dia bangun makan, yak, lari sana, lari sini kemudian tidur. Then repeat. Takde stress pun diaorangkan? Ikutlah resmi kucing, makin banyak dia tidur makin banyak pulak idea dia nak mengemas rumah kita. Tidur yang cukup sememangnya baik untuk kesihatan dan kecantikan.


Tubuh badan yang sihat adalah harta yang tidak ternilai. Dalam menghadapi aktiviti kehidupan yang sentiasa sibuk, jangan lupa untuk bersenam. Sihat is sexy kata si comel di atas ni.


Dude, jangan lupa minum air yang mencukupi. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Elakkan banyak meminum minuman manis, banyakkan minum air mineral atau air yang ditapis. 
Dikuasakan oleh Blogger.