Bagaimana cara mengajar anak kucing menggunakan litter box

Anak kucing selalunya memang tidak tahu cara untuk berak dan kencing di dalam litter box jika tidak diajar. Selalunya mereka mengikut contoh ibu. Ibu mereka yang akan mengajar mereka poo dan pee di mana. Yang menjadi masalah ialah anak-anak yang tiada ibu.



Apabila kita letakkan pasir dan litter box di dalam sangkar, mereka fikirkan itu tempat permainan atau tempat tidur mereka. Jika tidak ajar segera, tebiat tidur di dalam litter box akan menjadi habit kepada mereka.

Cara saya mengajar anak-anak kucing yang tidak beribu menggunakan pasir kucing agak simple kerana selalunya anak-anak kucing saya  tempat tidurnya di dalam sangkar. Anak-anak kucing yang tidur di dalam sangkar memang suka poo dan pee di atas surat khabar kerana saya melapikkan sangkar itu dengan surat khabar.

nampak ni, kecik-kecik dah tere

Bagaimana mengajar anak-anak kucing menggunakan litter box?

Apabila mereka poo atau pee...Biar mereka hidu poo dan pee mereka. Kemudian calitkan poo dan pee itu pada tisu atau kertas kecil. Angkat najis mereka dan alihkan ke dalam litter box. Kemudian sentiasa letak mereka di dalam litter box untuk mencium bau poo dan pee mereka sendiri. Lama-lama mereka sendiri akan tahu tandas mereka di mana. 

Tips: Kalau boleh pada peringkat awal jangan guna pasir yang terlalu wangi. Bukan saja tidak sesuai jika anak-anak kucing terlalu menghidu pewangi di dalam pasir itu tetapi dikhuatiri mereka tidak dapat mengesan bau poo dan pee mereka sendiri.

Tips: Untuk mengajar anak-anak, guna litter box jenis simple yang tak ada pintu, tingkap, tertutup whatsoever. Guna yang biasa aja dan rendah sedikit. Bila mereka dah besar sedikit, boleh la bertukar kepada litter box canggih, litter box jenis automatik ke, litter box tertutup ke.


Selepas mereka makan terus letakkan dalam litter box.

Jika nampak mereka seolah-olah mencangkung atau terkuis-kuis mana-mana area cepat-cepat letak di dalam litter box.

Anak kucing yang cerdik selalunya sudah ada instict sendiri tentang penggunaan pasir, manakala ada juga anak kucing jenis lembab atau blur yang kena diajar berulang kali. Tapi tidak sesusah mana jika ikut cara di atas ini. 
Dikuasakan oleh Blogger.