Was-was untuk melabur dalam ASN/ASB? Dengar penjelasan ini.

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/was-was-untuk-melabur-dalam-asnasb.html

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum pelaburan dalam ASN/ASB serta dividen bonus adalah HARUS. Kaedah IJTIHAD juga digunapakai oleh kebanyakan majlis penasihat syariah dalam industri sekuriti dan kewangan untuk menentukan hukum (produk). 

Kekeliruan tidak seharusnya timbul kerana hukum HARUS di keluarkan oleh badan bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan agama Islam di negara ini. Hukum HARUS berpandukan 5 perkara asas Maqasid Syariah Hifz Al-Mal (kekuatan ekonomi umat Islam) merupakan daruriyah yang dipertimbangakan kerana kedudukan ekonomi umat Islam di negara ini yang perlu di perkukuhkan lagi. 

PNB/ASNB memainkan peranan besar meningkatkan sosio ekonomi masyarakat Bumiputera dan Islam di negara ini menerusi penguasaan dalam syarikat strategik dan utama. PNB/ASNB tidak melabur dalam sektor yang nyata haram seperti arak dan judi. 

PNB/ASNB mempunyai Panel Penasihat Syariah yang berpengalaman luas dalam hal ehwal berkaitan agama Islam.

Admin : Dah faham penjelasan di ataskan? Jadi jangan ragu-ragu nak menyimpan dan melabur kat ASB/ASN k?...

Sumber |  Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
Dikuasakan oleh Blogger.