Awas! Ketahui tarikh luput alat solek anda.

Banyak di kalangan wanita masa kini tidak ambil peduli jangka hayat alat solek mereka. Nampak masih elok jadi mereka menganggap ia tidak akan memberi kesan buruk terhadap mereka. Jangan ambil ringan perkara ini kerana ia boleh menjadi punca kepada kulit rosak dan jangkitan bakteria. Sentiasa periksa dan bersihkan alat solek anda serta peka terhadap sebarang perubahan tekstur dan bau. Ia mungkin petanda alat solek anda perlu di ganti. Pembersihan dan pemeriksaan secara rutin boleh menghalang anda dari mendapat jangkitan bakteria atau penyakit kesan dari penggunaan alat solek tamat tempoh. Jom lihat senarai jangka hayat alat solek di bawah.

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/ketahui-jangka-hayat-alat-solek-anda.html


#1. MASKARA DAN PENGGARIS MATA JENIS CECAIR (LIQUID EYELINER)
http://kongxie.blogspot.my/2017/06/ketahui-jangka-hayat-alat-solek-anda.html
Tarikh luput bagi maskara dan penggaris mata jenis cecair adalah lebih kurang tiga hingga empat bulan. Jika anda terkena jangkitan pada mata sebaiknya buang maskara anda kerana ia boleh menyebabkan jangkitan merebak. Elakkan berkongsi maskara kerana ia boleh menyumbang kepada jangkitan bakteria dan boleh menyebabkan terjadi penyakit conjunctivitis tau! Jadi berhati-hati.

Bonus Tips Kecantikan : 
➤ Jika maskara anda keras dan mengering cuba titisksn beberapa titis eye drop ke dalam bekas maskara. Goncangkan dan maskara anda akan kembali lembab dan tidak bergumpal.

➤ Sebelum tidur, sapukan minyak zaitun atau sebarang losyen pelembap bertujuan untuk memastikan bulu mata kekal terhidrat dan melembapkanya.


#2. BEDAK ASAS (FOUNDATION) DAN CONCEALER

 http://kongxie.blogspot.my/2017/06/ketahui-jangka-hayat-alat-solek-anda.html

Tarikh luput bedak asas dan concealer adalah lebih kurang enam bulan sehingga setahun secara umumnya. Bedak asas jenis cecair dan krim mempunyai jangka hayat lebih kurang 6 hingga 12 bulan kerana ianya mengandungi lebih banyak air, minyak dan agen penghidratan yang boleh memendekkan jangka hayat dan risiko pencemaran bakteria lebih tinggi dari bedak asas jenis kering. Bagi bedak asas jenis kering jangka hayatnya boleh bertahan sehingga 2 tahun kerana teksturnya yang kering membuatkan bakteria sukar untuk membiak. Pastikan bedak asas anda tidak berbau dan bertukar warna kerana itu salah satu punca alahan dan jangkitan kulit. Penggunaan bedak asas dan concealer yang tamat tempoh boleh menyebabkan jerawat, gatal-gatal pada kulit dan perubahan warna kulit. Untuk mengelakkan sebarang kuman dari membiak pastikan botol bedak asas anda di tutup kemas dan ditempatkan di tempat yang kering dan sejuk. 

Bonus Tips Kecantikan :
➤ Sapukan sedikit concealer ke bibir sebelum anda memakai gincu boleh membantu meneutralkan bibir anda dan akan menyerlahkan lagi warna gincu anda. 

➤ Sapukan sedikit concealer pada bahagian atas kelopak mata anda untuk membuat pembayang mata anda bertahan lebih lama.
 

#3. GINCU (LIPSTICK) DAN LIP GLOSS

 http://kongxie.blogspot.my/2017/06/ketahui-jangka-hayat-alat-solek-anda.html
Tarikh luput bagi lipstick dan lip gloss pula adalah lebih kurang 12 hingga 18 bulan. Salah satu cara terbaik untuk mengenal pasti bahawa gincu anda telah tamat tempoh ialah gincu menjadi kering, berbau kurang enak dan teksturnya telah berubah. Jika sapuan gincu anda kering dan berbutir-butir itu juga salah satu tanda ia tidak baik untuk di gunakan lagi. Jangan letakkan gincu/lip gloss anda di kawasan yang terdedah dengan cuaca panas kerana ia boleh menyebabkan ia menjadi lembik dan mudah patah.

Bonus Tips Kecantikan :
➤ Lipstik anda patah? Jangan buang. Ia masih dapat di selamatkan. Jom tengok entri kami macam mana nak selamatkan liptik yang patah. Klik → Tips Membaiki Gincu Yang Patah.


#4. PENGGARIS BIBIR (LIP LINER) dan PENGGARIS MATA (EYELINER) 
http://kongxie.blogspot.my/2017/06/ketahui-jangka-hayat-alat-solek-anda.html

Jika kerap di asah alat solek ini di boleh bertahan lebih kurang 18 sehingga 24 bulan. Eyeliner jenis pensil lebih tahan lama berbanding jenis gel/cecair jika kerap di asah. Pastikan kedua alat solek ini tidak terdedah dengan udara/cuaca panas kerana ia membuatkan ia mudah rapuh dan lembik. Apabila menjadi lembik, memang sukar untuk di asahkan kerana akan membuatkan ia patah. Kalau nak eyeliner bertahan lama,  pilih yang sesuai dengan kulit kita. Contohnya, jangan guna eyeliner jenis gel/cecair jika kita kulit berminyak. Ia akan cepat luntur dan berminyak.

Bonus Tips Kecantikan : 
➤ Jika eye liner anda lembik, masukkan saja ke dalam peti sejuk supaya ia menjadi pejal dan mudah di gunakan. 

➤ Gunakan alat pengasah yang betul dan jangan gunakan pisau atau cutter kerana ia akan merosakkan tekstur dan permukaan lip liner dan eyeliner anda.


#5. PENGILAT KUKU (NAIL POLISH)
http://kongxie.blogspot.my/2017/06/ketahui-jangka-hayat-alat-solek-anda.html

Tarikh luput bagi pengilat kuku pula adalah lebih kurang dua tahun. Jika anda lihat penggilat kuku anda berubah tekstur dan cecairnya terpisah walaupun telah di goncangkan berhenti menggunakannya.

Bonus Tips Kecantikan :
➤ Kita pasti beranggapan menghalakan kuku yang telah di warnakan kepada kipas angin boleh mempercepatkan proses pengeringan pengilat kuku. Anda salah! Angin dari kipas boleh menjadikan salutan anda berbuih (terhasil gelembong udara) dan ini boleh mencacatkan penampilannya. Biarkan ia kering secara natural.


#6. PEMBAYANG MATA (EYE SHADOW) 
http://kongxie.blogspot.my/2017/06/ketahui-jangka-hayat-alat-solek-anda.html
Bagi eye shadow jenis krim jangka hayatnya adalah lebih kurang 6 bulan kerana keadaan yang lembab menyebabkan bakteria senang membiak. Berbanding jenis serbuk yang boleh bertahan sehingga 2 tahun. Memakai pembayang mata tamat tempoh boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada mata dan kulit.  

Bonus Tips Kecantikan :
➤ Guna pembayang mata warna neutral atau putih sebagai sapuan asas di kelopak mata sebelum memakai warna eye shadow pilihan anda. Ini akan menjadikan warna eyeshadow anda lebih menyerlah dan tahan lama.


Admin : Dah baca info di ataskan? Mulalah periksa alat solek anda. Rajin-rajinlah bersihkan alat solek dan juga beg mekap anda. Itu pun punca bakteria juga..Semoga bermanfaat.

Foto Kredit : Google Images
Source : Cosmopolitan | Molly Sims
Dikuasakan oleh Blogger.