Dobi Layan Diri Paling Best | Area Alam Damai, Cheras

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/dobi-layan-diri-paling-best-area-alam.html

Usah ditanya kenapa den basuh baju di dobi. En.Suami pun cukup supportive kalau bab ni. Sayang bini terlebih atau nak menambahkan kemalasan bini gamaknya. Sebenarnya kat rumah washing machine rosak udah sebulan. Suami kata basuh baju di dobi dulu sebab dia kata dia nak repair tempat jemuran di luar tu dulu. Hmm kalau ikut kata dia mungkin 2 tahun lagi baru siap benda yang dia nak repair tu. Sabor je la.

Hari ni saja nak share info dobi layan diri di sebelah Petronas Alam Damai. Sebenarnya den duk berangan jugak, satu hari nanti ada duit nak buka dobi layan diri berkonsepkan mesra family. Ada tempat mainan budak, ada kerusi massage, ada tv, kalau boleh nak letak aircon sekali. Tiba-tiba dobi ni buka konsep macam tu. Grr macam boleh baca je idea dalam paler otak kita.

Dobi layan diri ini lengkap dengan meja tersusun untuk duduk-duduk sambil tunggu dan untuk melipat baju. Memang selesa gila tempat dia. Ada tempat mainan budak dan ada kerusi massage lagi. Ada Tv yang menayangkan cerita lawak 24/7. Tadi macam orang gila je den tergelak sorang-sorang layan gag kat tv tu. Nasib la orang sebelah-sebelah tak perasan. Sebenornya zaman sekarang ni ko buat apa pun orang tak perasan der, menari ke menyanyi ke..terguling ke takde sapa nak ambil tahu sebab semua busy dengan phone masing-masing. True story...

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/dobi-layan-diri-paling-best-area-alam.html

Istimewanya di dobi ni ada harga happy hour. Kalau pergi time-time happy hour ada harga istimewa. Memang murah gila beb. Pulak tu ada pulak konsep drop and run. Kau letak je baju situ. Tinggal duit dekat owner dia, Owner dia tolong cucikan. Siap lipat ke tidak tak tahu la pulak. Tapi ada service gosok bagai. Apek tua tu pulak rajin gila punya. Dobi mana lagi ko boleh stok baring atas lantai. Pembersih gila. Kau nak cuci baju pun kena bukak selipar letak kat luar.

Tadi dia nampak den terhegeh-hegeh angkat baju, terus campak mop dia tolong angkatkan bakul baju den. Baik gila apek ni. Humble dan Gentle..sukalah kat apek tu. Dia dengan bini dia memang peramah gila-gila punya, ringan tangan lagi. Memang pandai ambil hati customer. Sesetengah dobi tak bagi korang letak sabunkan. Ini diaorang siapkan sabun letaklah banyak mana ko nak. Jenama Harimau kalau tak silap. Kau boleh letak semua sabun tu pun takpe tapi nasihat den letak agak-agak dahla. Memanglah free  tapi kalau letak sabun banyak sangat takut sabun tu melekat dekat baju tak hilang, kan ke haru kena cuci balik.

Tempat pengering dia pun bagus. Letak rm5.. rentung baju. Kalau duk area-area Alam Damai, Cheras gi la try test tengok. Wah macam affiliate pulak den promote. Kena minta komisen kat apek tu nampak gayanya ni hahaha. Sajer la orang baru belajar memblogkan..nak test market apa orang suka baca ma...

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/dobi-layan-diri-paling-best-area-alam.html

Bakul beroda disediakan  untuk memudahkan kerja angkat mengangkat.
http://kongxie.blogspot.my/2017/06/dobi-layan-diri-paling-best-area-alam.html

Ah tu la apek yang rajin gila tu...belah kiri tu tv tgh pasang gag dari UK. Apek ni habis semua tempat dia lap..sampai luar-luar kedai dia mop. Kaki-kaki meja habis licin dia kerjakan. 

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/dobi-layan-diri-paling-best-area-alam.html
Mesin urut dan tempat budak-budak bermain.

Sekian saja...Thanks for reading!..
Dikuasakan oleh Blogger.