Ciri-ciri lelaki yang sexy pada kaca mata wanita


Guys, nak jadi lelaki hot dan sexy tak? Sexy bukan bererti buka baju dan ada 6 pack dan selalu ke gym. Selalunya sexy terletak pada karekter dan peribadi anda. Biarpun anda rasa anda dah cukup kacak dan tampan tapi itu bukan bermakna anda sexy tau!  Mari baca pengakuan wanita-wanita di bawah tentang apa yang menjadikan lelaki itu sexy pada pandangan mereka. Adakah anda termasuk dalam golongan lelaki sexy?

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang mengambil berat dan caring kepada pasangannya.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang setia yang hanya inginkan pasangannya dan tidak mudah tergoda dengan wanita lain. Lelaki tahu apa yang dia ada dan hargai pasangannya dan akan berbuat apa saja untuk pertahankan perhubungan mereka.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang punyai konfident dan sifat motivasi diri yang tinggi.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang berjambang dan mempunyai pandangan mata yang misteri.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang punyai "sense of humor".

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang pengasih kepada kanak-kanak dan haiwan.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang tidak takut untuk meluahkan perasaannya.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang pandai main gitar.

Lelaki yang sexy adalah lelaki gentleman dan menghormati semua wanita dan orang tua.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang baik, jujur dan menghargai pasangannya.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang pandai main mata dengan pasangannya.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang pandai kissing.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang pandai membuat pasangannya ketawa. Lelaki yang punya sense of humor lebih sexy dari lelaki yang punyai raut wajah yang kacak.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang intelligent.

Lelaki yang sexy adalah lelaki yang sentiasa menyokong impian dan cita-cita pasangannya.

Di atas adalah pendapat-pendapat dari wanita yang berbeza. Dari hasil selidik, kebanyakkannya meletakkan lelaki yang punyai sense of humor atau pak lawak yang paling sexy pada pandangan wanita. Patutlah Zizan, Johan, Nabil meletup-letup di pasaran. Patutlah Jep Sepahtu dapat bini lawa gila kan? Rupanya diaorang kategori lelaki sexy. Tempat kedua pula wanita-wanita ini memilih lelaki yang baik, gentle dan caring.

Itu pendapat wanita-wanita lain. Bagi pandangan peribadi saya, lelaki yang pandai buat saya ketawa memang lelaki yang sexy. Selain dari itu dia seorang yang bijak. Maksud saya bijak bukan belajar tinggi tapi punya ilmu pengetahuan am yang tinggi. Lelaki yang kita boleh bawa berbicara tentang apa saja. Lelaki yang sayangkan ibunya. Dan yang paling penting..lelaki yang sexy bagi saya adalah lelaki yang cool dan kurang bercakap.

Ok ladies..apa ciri-ciri lelaki yang sexy pada pandangan mata korang?

Dikuasakan oleh Blogger.