Bersedekah dan berkongsilah rezeki dengan kucing atau makhluk Allah yang lain

Cuaca sangat panas sekarang ni. Kalau korang nak keluar pergi mana-mana, bawaklah sekali spare air satu botol dengan tupperware2 yang dah tak pakai tu atau beli bekas mangkuk polisterin. Letak kat tempat kucing-kucing atau anjing-anjing stray. Dah alang-alang bagi air tu, bagilah sekali makanan untuk diorang. Beli siap-siap letak dalam kereta, kalau ternampak, berhenti kejap dan bagi.

Sian diorang, dahaga cari air dan kelaparan. Lebih-lebih lagi musim perayaan dah hampir ni, kebanyakkan kedai-kedai makan tempat mereka bergantung harap untuk makan dan minum tutup, siapa lagi nak tolong diorang, kalau bukan kita.

Takkan tu pon harap Allah jugak, kita kan khalifah kat muka bumi Allah ni. Dah jadi tanggungjawab kita jugak sebenarnya kan. Takkan miskin kalau kita berkongsi rezeki dengan mereka, sebaliknya bertambah berkat rezeki yang Allah bagi kat kita kalau kita berkongsi dengan makhluk Allah yang lain. InsyaAllah...

#YouReapWhatYouSow

http://kongxie.blogspot.my/2017/06/bersedekah-dan-berkongsi-lah-rezeki.html

Dikuasakan oleh Blogger.