Aku phobia dan takut dengan anjing.


Pagi tadi selepas hantar anak ke sekolah, aku ternampak seekor anjing jalanan. Aku perhatikan dia tempang, rupanya dia tak ada 1 kaki. Aku tak ambil gambar sebab tak bawak handphone. Jadi aku cari-cari di google, rupa dia sebijik macam gambar anjing ni, cuma dia kotor. Anjing jalanan la katakan.

Aku tengok dia cuba curi perhatian aku dengan melompat-lompat. Buat muka comel. Aku rasa dia lapar. Tapi aku takut betul nak keluar dari kereta. Akhirnya aku tinggalkan je dia dengan perasaan serba salah. Aku nampak dari cermin dia perhati je kereta aku semasa aku pergi. Mudah-mudahan dia jumpa orang yang baik hati selepas aku pergi. Sobs..

Aku bukan benci anjing. Aku bukan takut terpegang nanti haram macam sesetengah fanatik agama. Tapi aku ada masalah lain. Aku phobia dan takut dengan anjing. Aku ada pengalaman kena buli dengan anjing masa aku kecil dulu. Aku ingat lagi seawal darjah 1 on the way nak ke sekolah (aku berjalan kaki), kena lewati rumah-rumah orang kaya bangsa Cina dan India. Bayangkan anjing-anjing diaorang yang berikat dekat gate. Semua yang lebih tinggi dari aku. Kadang-kadang diaorang terlepas dari rantai. Bayangkan scarynya. Belum lagi kena kejar anjing tiap-tiap kali nak pergi mengaji pada waktu sebelah malamnya pula. Sampai sekarang aku phobia.

Hari tu aku pergi SPCA Ampang. Ada sekor anak anjing poodle pun macam tu. Dia sibuk kejar aku ke sana ke mari. Comel sangat. Yang herannya punya ramai kat situ. Dia nak ajak aku jugak main-main dengan dia. Tapi aku lari sebab takut.. :-( . Aku tengok orang-orang kat SPCA tu tengok aku macam cuak. Dengan anjing kecil comel, manja macam tu pun nak takut. Aku sendiri pun rasa meluat dengan diri sendiri. Tapi aku phobia nak buat macamana.

Ada sekali tu, anjing jiran kawan aku baru beranak. Yang itu aku berani main-main. Seharian aku duk main dengan anak-anak anjing baru lahir tu. Tapi bila pakcik kawan aku nampak, sehari suntuk jugak aku kena khutbah agama. Aku tak faham kenapa mentality sesetengah orang melayu kita macamni. Adakah kerana dah didik turun temurun yang anjing ni najis maka kita tak boleh dekat langsung? Kawan-kawan aku dari Turki dan Arab sendiri gelak bila aku kata anjing haram dipegang sebab diaorang pun bela anjing. Aku tak faham.

Aku pernah mimpi, ada orang cakap dengan aku suruh kasi anjing makan. Esok harinya aku terjumpa anjing lapar. Aku belikan ayam goreng tapi aku campak dari jauh. Lepas tu aku berlari masuk dalam kereta mengintai tengok dia makan dari jauh. Anjing tu pun cam faham-faham je aku takut.

Sekian saya cerita saya..tajuknya...Saya takut anjing..hehe

Guys..kalau korang bencikan anjing pun, jangan sekali-kali pukul atau buat kekejaman dekat anjing tau! Mereka hamba Allah juga. 

Our prime purpose in this life is to help others. And if you can't help them, at least don't hurt them - Dalai Lama

Memanglah  quote itu bukan dari orang Islam. Tapi Agama kita sendiri tak pernah mengajar kita untuk jadi kejam. Kalau takut jadi macam saya ignore je. Buat-buat tak nampak. 


Dikuasakan oleh Blogger.