10 Cara Natural/Alami Untuk Menghilangkan Jerawat


Dah bermacam cara dicuba. Duit pun dah banyak dilaburkan membeli ubat-ubatan, krim kecantikkan, sabun dan macam-macam lagi yang dikatakan mujarab untuk jerawat tapi masalah jerawat batu kat muka tak settle-settle juga. Ada yang sampai pergi berjumpa doktor pakar kulit tapi masih tidak dapat keputusan yang memuaskan. Tak apa..I can feel you..apa kata kita cuba cara-cara tradisi menggunakan bahan-bahan natural di dapur pula. Mudah-mudahan berjaya. Aamiin...

#1. UBAT GIGI

Sapukan ubat gigi ke atas jerawat anda sebelum tidur. Dan biarkan mengering sehingga pagi.

#2. BAWANG PUTIH DAN JUS LEMON

Ambil seulas bawang putih. Potong dua. Sapukan ke bahagian yang berkenaan. Jangan sapukan ke seluruh muka ok? Sapukan ke bahagian yang bermasalah sahaja. Kemudian sapukan air lemon ke atas jerawat tersebut. Kalau anda terasa gatal, cuba sedaya upaya supaya tidak digaru. Tabahkan hatimu. Biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian bilas dengan air dan lapkan perlahan-lahan sehingga kering. Remedy ini tidak digalakkan kepada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

#3. TIMUN

Kisarkan timun menggunakan blender. Kemudian sejatkan. Ambilkan hampas timun tersebut dan pupukkan ke muka. Buat seperti mask dan biarkan selama 10 minit. Gunakan lebihan air timun tadi sebagai toner. Kemudian basuhkan muka menggunakan air. Untuk kesan yang lebih baik campurkan hampas timun itu dengan sedikit plain yogurt.

#4. ASPIRIN DAN MADU

Lumatkan aspirin dan campurkan dengan madu asli. Ingat tu madu asli bukan madu campuran ok?. Selepas dicampurkan kedua-dua bahan tersebut, sapukan terus ke atas jerawat berkenaan. Biarkan 10 hingga 15 minit. Dan kemudian basuhlah muka anda menggunakan air.

#5. STRAWBERRY

Potongkan strawberry itu kepada beberapa bahagian nipis. Boleh la kalau nak curi-curi makan sikit. Memang sedap strawberry tu kan? Lagipun strawberry ada banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan kalau diamalkan selalu. Sapukan potongan strawberry itu ke muka anda. Biarkan 10 hingga 15 minit, kemudian bilas dengan air.

#6. MINYAK BIJI ANGGUR ATAU GRAPESEED OIL

Minyak biji anggur ini mengandungi agent anti bacteria yang tinggi dan vitamin yang baik untuk kulit. Jadikan minyak ini sebagai pelembab muka atau moisturizer. Jika kulit anda terlalu berminyak, kurangkan sikit jumlahnya.

#7. TEA TREE OIL

Tea tree oil ini bukan sahaja murah  tetapi punyai khasiat  yang tak terhingga untuk kulit. Minyak ini mengandungi bahan anti bakteria yang tinggi dan sangat bagus dan berkesan untuk merawat jerawat. Gunakan 2 kali sehari, pagi dan malam.

#8. JUS LEMON DAN GARAM BUKIT
Campurkan setengah sudu garam bukit dan 1 sudu jus lemon. Sapukan ke atas jerawat dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian basuh muka anda dengan air.

#9. ASPIRIN

Lumatkan aspirin dan campurkan dengan air menjadi campuran likat dan sapukan ke muka. Biarkan selama 5 minit dan kemudian cuci dengan air.

#10. CUKA EPAL (BRAGG)

Jadikan cuka epal sebagai toner setiap kali mencuci muka. Campurkan dengan air dan sapu menggunakan kapas.

photo source: Diary of a Beauty Blogger

Antara makanan yang bagus untuk menghilangkan masalah jerawat ialah Ikan salmon, buah-buahan dan sayuran yang bewarna oren, merah tua dan kuning, seperti karot, sweet potato dan sebagainya. Makanlah banyak buah-buahan dan sayuran-sayuran. Ianya bukan sahaja dapat membantu mencantikkan kulit malah sangat menyihatkan badan secara keseluruhannya.

Jika anda ada petua lain dijemput kongsi di ruang komen. Terima kasih. 

Jumpa lagi..

Dikuasakan oleh Blogger.