Teka-Teki Lawak Pecah Perut

http://kongxie.blogspot.com/2016/03/teka-teki-lawak-pecah-perut.html

Jom bosan-bosan ni kita layan teka-teki lawak pecah perut...:)

Lubang apa yang rasenya hangat, nikmat dan nyaman?
  • Jawapan : LUBANGun pagi-pagi, pas tu tido balik.

Minyak apa yang disukai oleh lelaki?
  • Jawapan : MINYAKsikan pertandingan bolasepak liga-M.

Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
  •  Jawapan : Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
  • Jawapan : Kuda belang.Cube kira brapa black belt dia ade.

Siapa yang menemukan dompet kulit?
  • Jawapan : Yang menemukan dompet kulit tu..sila pulangkan kepada saye.

Pintu apa yang walaupun dengan 10 orang pun tak leh nak tolak?
  • Jawapan : Pintu yang ade tulis "TARIK".

Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki.Siapakah saya?
  • Jawapan : Pembohong!

Apa dia 'Jauh di mata, Dekat di hati?'
  • Jawapan : Usus

Masa dia hidup kita nyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
  • Jawapan : Lilin masa sambut birthday.

Nenek sape yang jalannya meloncat-loncat?
  • Jawapan : Neneknya si katak.

Apa persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
  • Jawapan : Dua-dua tak kenal korang...hehe.

Mana lagi tua, motor ke kereta?
  • Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

Apa benda yang masuk segitiga, keluar bergulung-gulung?
  • Jawapan : Seluar dalam korang..haha.

Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
  • Jawapan : Dua-dua bila dah 'kringggg" boleh angkat.

Semakin kita potong, semakin ia tinggi?
  • Jawapan : Kaki seluar.

Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur.Taik warna kelabu taik anjing.
  • Jawapan : Ubat nyamuk.

Bila merah anda teruskan, bila hijau anda berhenti.
  • Jawapan : Makan buah tembikai

Apabila masuk ia keras, apabila keluar ia lembik. 
  • Jawapan : Stokin
 

Dikuasakan oleh Blogger.