Fobia Yang Aneh Dan Unik di Dunia.


Fobia adalah rasa takut luar biasa dan berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena. Berbeza dengan rasa takut yang biasa, fobia biasanya terjadi akibat trauma atau kesan kisah silam. Terlampau banyak jenis fobia yang ada di dunia ini, tetapi ada jenis fobia yang unik dan tidak terfikir bahawa ia sama sekali wujud.

Emetophobia
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/fobia-yang-aneh-dan-unik-di-dunia.html

Emetophobia adalah ketakutan akan rasa mual dan muntah, apabila mereka melihat seseorang mual dan muntah, maka mereka pun akan turut serta muntah. Ini yang terjadi kepada Vicky Nash (27), sehingga beliau mengambil keputusan untuk tidak mempunya anak kerana ketakutan terhadap simptom 'morning sickness" jika beliau hamil kelak. Baca kisah Vicky Nash di sini.

Alektorophobia

Alektorophobia adalah takut kepada ayam. Ketakutan itu terutamanya disasarkan kepada ayam hidup (biasanya tidak daging mereka) dan ketakutan yang mungkin ayam tersebut akan menyerang mereka. Mereka yang mengalami fobia ini tidak boleh ke ladang, atau lebih teruk melihat telur atau bulu ayam.

Triskaidekaphobia
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/fobia-yang-aneh-dan-unik-di-dunia.html

Takut kepada angka 13. Mereka yang mengalami fobia ini tidak akan keluar luar rumah pada hari ke 13 setiap bulan dan akan mengelak melakukan apa sahaja yang berkaitan dengan angka atau bilangan 13. Malah ia juga bersangkut paut dengan ketakutan terhadap hari ke 13 yang tiba pada hari Jumaat (Friday 13th) dan fobia ini dipangggil Paraskevidekatriaphobia.

Neophobia
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/fobia-yang-aneh-dan-unik-di-dunia.html

Neophobia adalah takut atau tidak suka apa-apa yang baru atau yang tidak dikenali yang melampau dan tidak rasional. Contohnya, kanak-kanak yang takut untuk mencuba sesuatu makanan yang baru juga adalah dikatakan Neophobia.

Heliophobia  
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/fobia-yang-aneh-dan-unik-di-dunia.html
 
Heliophobia adalah fobia kepada matahari, cahaya matahari, atau mana-mana cahaya terang. Mereka yang mempunya fobia ini juga selalunya bimbang bahawa mereka akan terkena kanser kulit dan bertanggapan bahawa dunia akan musnah serta matahari akan meletup. Mereka bertindak memakai pakaian yang tebal dan dalam kes yang lebih serius mereka tidak mahu keluar rumah sama sekali.

Chaetophobia
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/fobia-yang-aneh-dan-unik-di-dunia.html

Chaetophobia adalah fobia terhadap rambut yang juga boleh dikaitkan dengan rambut manusia dan atau rambut haiwan. Mereka juga takut kepada orang atau haiwan yang berbulu/berambut lebat/tebal. Mereka juga mungkin takut rambut di badan mereka sendiri.

Gymnophobia
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/fobia-yang-aneh-dan-unik-di-dunia.html

Gymnophobia adalah seseorang yang takut telanjang. Pengidapnya bukan hanya takut dirinya telanjang, tapi juga takut melihat orang lain telanjang. 

Oikophobia 
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/fobia-yang-aneh-dan-unik-di-dunia.html

Oikophobia adalah ketakutan berlebihan dan tidak rasional terhada segala isi dalam rumah , seperti peralatan eletronik, perabot dan sebagainya. Memang seksa kepada sesiapa yang mengalami fobia ini kerana ada di kalangan mereka yang tidak dapat membuat kerja-kerja rumah langsung.

Venustraphobia / Caligynephobia
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/fobia-yang-aneh-dan-unik-di-dunia.html

Venustraphobia atau Caligynephobia adalah fobia berlebihan terhadap wanita cantik. Penghidap akan segera mengelak atau mengalih pandangan apabila berhadapan dengan wanita cantik.

Pentheraphobia
http://kongxie.blogspot.com/2016/03/fobia-yang-aneh-dan-unik-di-dunia.html

Fobia ini memang agak kelakar iaitu fobia terhadap ibu mertua sendiri. Mereka yang mengalami fobia ini selalunya cepat berpeluh, cemas, takut dan mual bila berhadapan dengan ibu mertua mereka sehinggakan kadang-kadang mereka melakukan perkara-perkara memalukan di hadapan ibu mertua mereka.

Xanthophobia

Xanthophobia adalah fobia terhadap warna kuning. Nampak macam tak logikkan tetapi memang ia wujud. Penghidap mungkin trauma atau mempunyai sejarah lama/kisah tragis berkenaan dengan warna kuning yang menghantui fikiran mereka sehingga terjadinya ketakutan yang tidak rasional. 



Source : www.wartainfo.com | www.viralthread.com
Photo credit : Google images

Admin : Memang macam-macam fobiakan dalam dunia nie. Admin pun ada fobia jugak, fobia kat makanan-makanan yang sedap..terus mata bersinar-sinar bila nampak makanan sedap-sedap nie..(eleh, cakaplah je lah kuat makan sebenarnya..habis cerita..huhu)
Dikuasakan oleh Blogger.