Fakta-Fakta Menarik Berkaitan Dengan Tidur


1- Mendengar lagu kegemaran anda sebelum tidur boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih nyenyak, bangun lebih mudah dan meningkatkan mood anda pada hari itu.

2- Anda mengalami masalah insomnia atau susah tidur? Cuba minum segelas susu suam sebelum masa tidur. Anda juga boleh menambah satu sudu besar madu asli ke dalamnya untuk hasil yang lebih baik.

3- Secara umumnya bersenam secara tetap adalah penyumbang kepada tidur yang lena dan nyenyak tetapi senaman sebelum tidur boleh membuatkan anda susah tidur pada malam itu.

4- Secara umum , orang dewasa yang sihat memerlukan 7 hingga 9 jam untuk tidur. Namun sesetengah individu boleh bangun aktif dan menjalani aktiviti hidup tanpa ada masalah walaupun tidur hanya 6 jam manakala ada pula individu mempunyai masalah fokus dan tidak boleh membuat aktiviti lazimnya kecuali jika dia mendapat tidur selama 10 jam.

5- Orang yang tidak cukup tidur lebih cenderung untuk mempunyai selera makan yang lebih besar.


6- Dysania atau Clinomania adalah simptom susah untuk bangun dari katil pada waktu pagi atau ingin terus menetap di atas katil sepanjang hari.

7- Kajian barat mendapati mereka yang tidur di sebelah kiri umumnya lebih ceria dan positif. Mereka juga   mempunyai daya tahan yang lebih untuk menghadapi tekanan sepanjang hari.

8- Tidur telungkup boleh mengurangkan dengkur namun ianya dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Hadis nabi menyatakan tidur telungkup dimurkai Allah. Apabila pencipta melarang sesuatu perbuatan pasti ada sebabnya. 

Diriwayatkan Thakhfah Al-Ghifari RA, salah seorang sahabat Nabi yang tinggal di Masjid Nabawi berkata, "Aku tidur di masjid pada akhir malam, kemudian ada orang yang mendatangiku sedangkan aku tidur dengan posisi tengkurap. Lalu berkata: “Bangunlah dari tengkurapmu, karena tidur yang demikian adalah tidurnya orang-orang yang dimurkai Allah.” Kemudian aku angkat kepalaku, maka ketika kulihat ia adalah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka akupun kemudian bangkit." (HR. Al-Bukhari)

Kajian luar negara juga mendapati mereka yang tidur telungkup lebih cenderung mendapat mimpi yang pelik dan menakutkan.

9- Kajian barat lebih mempromosi dan menceritakan kebaikkan tidur secara miring sebelah kiri namun agama Islam menganjurkan tidur miring ke kanan. 

Hadits dari Barra bin ‘Azib ra : Rasulullah SAW bersabda yang artinya: “Jika kalian hendak tidur di pembaringan, berwudhulah seperti wudhu untuk shalat. Kemudian berbaringlah kamu dengan berbaring di lambung kananmu.” (HR. Al-Bukhari)

Antara kebaikkan tidur miring ke kanan anjuran Rasullulah SAW itu adalah  untuk menjaga paru-paru, untuk penyerapan kadar zat gizi dengan lebih baik, bagus untuk otak dan jantung dan lain-lain lagi.


Dikuasakan oleh Blogger.