Drama Cinta Korea Yang Best Sangat


Buat peminat drama korea yang tegar atau yang baru berkecimpung atau yang baru nak mula berkecimpung di sini aku nak rekomen my favorite top 3 drama korea yang paling best.

Aku memang peminat cerita cinta Korea. Actually aku ni international. Bagilah cerita dari negara mana pun aku boleh layan,janji cerita dia sedap. Selalunya aku nonton online saja. Aku jarang tengok tv. Jadi aku kurang tahu perkembangan cerita tv terkini. Bukan apa, Astro sekarang macam tak tapis sangat cerita Hollywood diaorang. Kalau movie atau siri Hollywood yang kau dah tahu jenis adult punya boleh la dielakkan kalau time anak-anak ada. Tapi kadang-kadang gazet siri akan datangpun punyalah hot... takkan tengok sedutan akan datang pun nak parental guide kan? kalau tengah malamnya cerita aku faham la macamana pulak kalau tengah hari dan petang pun sama. Relax je gazet hot romantic yang ditayangnya, walaupun beberapa saat saja tapi seganlah dengan anak-anak isk...

Berbalik kepada drama Korea...sebenarnya ada beribu-ribu pilihan drama yang ada. Aku tak ingat berapa banyak yang aku dah tengok. Aku jenis penonton tegar. Kalau aku dah terpikat pada satu drama tu aku akan terbabit sampai tak tidur dan tak masak. Hati tak senang selagi tak habis. Normally aku pilih drama yang 16 episod saja.  Aku paling suka genre romantic comedy sebab selalunya aku boleh tergelak-gelak, sakit hati , marah, senyum sorang-sorang dan menangis dalam satu drama. Terror jugak diaorang ni buat drama. Walaupun Drama Korea ni tak lari dari kisah cinta dua darjat tapi jalan cerita dia lain-lain. Ada yang awal-awal dari episod pertama dah menarik sangat buat kita teruja nak teruskan menonton ada jugak yang sampai ke episod ke 3 masih duk boring lagi..lambat intro dia masuk..ada jugak mula-mula best, ending pulak macam haram. Sakit hati rasanya dah penat-penat menonton...ending dia tak seperti yang kita harapkan. Buang masa je kan.

Jadi di sini aku nak rekomen 3 drama korea yang sampai sekarang aku tak boleh lupa sebab best sangat. Jadi kalau anda peminat drama korea dan masih mencari-cari drama apa yang nak ditonton boleh la try drama-drama di bawah ni. Dan aku sangat mengalu-alukan recommendation dari korang jugak. Kita sama-sama peminat drama Korea ni mesti faham kan perasaan masing-masing. Rekomenkan drama favorite korang dekat ruang komen ok?

1-Boys Over Flowers 

Tak payah diperkenalkan lagi drama Boys Over Flower ni kepada peminat drama Korea. Rata-ratanya semua mesti dah menonton drama ini. Maklumla tengok la siapa hero dia, Oppa Lee Min Ho. Lee Min Ho membawa watak sebagai Go Jun Pyo seorang pelajar yang kacak dan kaya raya dari Sekolah Tinggi Shinhwa. Beliau mempunyai 3 teman rapat yang sama-sama famous, kacak, bergaya dan kaya. Mereka digelar sebagai "Flower boys". Malangnya kekayaan dan kekacakkannya menjadikan dia seorang yang bongkak dan suka membuli pelajar lain. Sehinggalah dia bertemu seorang gadis dari golongan biasa bernama Geum Jan Di ( Ku Hye-sun ). Sikap Geum Jan Di yang agak kasar tapi baik hati dan tidak pandang pada kekayaan dan kelebihan yang ada pada Go Jun Pyo akhirnya membuatkan hati Go Jun Pyo cair dan jatuh cinta pada Geum Jan Di tetapi teman karib Go Jun Pyo iaitu Yoon Ji Hoo (Kim Hyun-joong) turut menyimpan hati terhadap Geum Jan Di. Maka bermulalah episod cinta tiga segi yang sweet sangat. Aku bet korang pun mesti serba salah nak pilih Go Jun Pyo ke Ji Hoo sebab dua-duanya ada keistimewaan yang tersendiri. Drama ini langsung tak memboringkan. Setiap episod ada saja drama dipaparkan yang membuat kita tak senang duduk.




Selain dari jalan ceritanya yang best, aku suka cerita ni sebab heronya dan the flower boys sememangnya hot, sexy and dreamy ; Selain dari nonton drama yang best boleh la jugak cuci mata tengok lelaki-lelaki handsome. Dan aku juga suka style dressing flower boys especially winter-winter jacket yang diaorang pakai. Lagi satu, lagu lagu ost dalam drama ni sedap-sedap belaka. Sampai sekarang ni aku masih lagi duk melayan ost drama ni dekat you tube. Yang slack sikit pelakon perempuan dia punya dressing, make up dan style rambut. Tak berapa kelas..macam tahun 80'an je. Pulak tu drama-drama Korea ni macam sepesen je, suka betul buat pelakon pembantu wanita lagi comel dari heroinnya..perasan tak?



Drama ini yang menaikkan nama Lee Min Ho sebenarnya. Dan aku paling suka watak Lee Min Ho dalam drama ni. Dia nakal dan senyuman dia sweet giler. Cair beb tengok dia dalam cerita ni. Jadi kalau korang belum tengok cerita ni aku rekomen sangat-sangat. Cerita ni ada dalam versi Jepun dan Taiwan jugak. Aku punya minat sangat sampai tengok versi Jepun sekali..hehe. 

2. Oh My Venus


Drama ni diterbitkan pada tahun 2015. Agak baru lah kiranya. Best dan mantap sangat cerita ni. Kisah cinta yang sweet sangat sampai aku pun tersenyum sorang-sorang menontonnya. Anak dara aku yang umur 17 tu pun boleh terbabit jugak nonton drama ni. Aku minat cerita ni sebab dia berkisar pada fitness dan inspirasi untuk kuruskan badan.

Cerita ini dilakonkan oleh Kim Young-ho dan Shin Min-a sebagai peneraju utama. Cerita berkisar tentang seorang wanita bernama Kang Joo-eun yang sangat cantik dan terkenal pada zaman persekolahannya tetapi memilih untuk menjadi peguam dan wanita yang cerdik pandai dari menjadi cantik. Hari demi hari beliau semakin tidak menjaga kecantikkannya sehingga beliau menjadi gemuk dan ditinggalkan oleh kekasihnya selepas 15 tahun bercinta.

Beliau bertemu seorang "personal trainer" yang bernama John Kim secara tidak sengaja dan John Kim akhirnya membantunya menguruskan badan melalui rutin exercise dan diet yang ketat. Sehingga beliau kembali kurus dan cantik seperti dulu. Dan akhirnya mereka jatuh cinta.


Yang menjadikan sweetnya cerita ini ialah John Kim bukan jatuh cinta kepada Kang Joo-eun setelah beliau kurus dan cantik semula tetapi dari awal lagi beliau sangat gentle dan baik hati melayan Kang Joo-eun. Kiranya walaupun dia kaya, kacak, sexy dan body pun sangat hot. Personal trainer la katakan..what do you expect? Body mesti six pack kan? dia telah jatuh cinta dengan Kang Joo-eun dari semasa Kang Joo-eun gemuk lagi. Perempuan mesti cair la tengok cerita ni. Ada juga terselit lawak-lawak yang mencuti hati dan ada jugak babak sedih. Aku nangis ok? Kalau korang nak tahu kenapa aku menangis tengok lah drama ni okay? Gerenti puas hati punya !!

Cerita ni memberi inspirasi kepada aku sebab aku pun dalam proses nak kuruskan badan. Aku tengah berminat dengan cerita-cerita fitness macam ni...tapi ianya bukan berkisar pada fitness aje..Love story dia sangat sweet. Yummy dan puas hati menontonnya. 


3. Marriage, Not Dating

Selalunya aku akan skip drama yang hero dia kurang hot. Aku memang memilih bab aktor dan aktress. Aku suka tengok hero dan heroin yang sama-sama lawa tapi cerita ni lain sikit. Hero dia tak sehandsome hero drama lain tapi cerita dia kelakar. Aku jumpa cerita ni sebab aku minat heroin dia Han Groo. Tak sangka drama ni boleh jadi aku punya favorite 3. Cerita ni sangat fun dan kelam kabut. Kisah seorang perempuan yang sangat terror mengkucar-kacirkan keadaan.



Drama tahun 2014 ini dibintangi oleh Yeon Woo-jin, Han Groo, Jeong Jinwoon, Han Sunhwa, Heo Jung-min, and Yoon So-hee. Kalau korang suka cerita yang kelakar, lucu dan mencuit hati  korang bolehlah melayan drama ini. Pasti tak mengecewakan. Setiap episodnya menarik dan kelam-kabut hingga ke minit terakhir. Best tau!!!

Ianya berkisar tentang seorang doctor plastic surgery, Gong Gi Tae dan pembantu jurujual Jong Jang Mi yang sangat berbeza dari segi family background dan juga tingkah laku. Gi Tae berasal dari keluarga kaya dan sangat pentingkan privacy. Dia lebih bahagia hidup sendirian dan membuat keputusan untuk tidak berkahwin manakala Jang Mi seorang gadis yang tidak mahu hidup sendirian dan ingin berkahwin dengan kekasih hatinya.

Ibu Gi Tae yang telah puas memaksa anaknya berkahwin telah bertembung dengan Jang Mi secara tidak sengaja dan tersalah faham memikirkan Jang Mi adalah kekasih anaknya. Gi Tae menggunakan peluang itu untuk menipu ibunya dan memperalatkan Jang Mi untuk menjadi kekasih olok-oloknya. Tujuan dia memilih Jang Mi adalah kerana dia tahu ibunya tidak akan setuju dengan perkahwinan mereka dan pada masa yang sama tidak  akan memaksa dia mencari girlfriend dan mendesak dia untuk berkahwin lagi buat sementara waktu. Ini adalah kerana ibunya sangat particular, organize dan class berbanding Jang Mi yang gila-gila, kaki pemabuk dan tidak ada class. Akhirnya Jang Mi dengan secara tidak sengaja terbabit dengan skandal cinta olok-olok itu setelah puas dipujuk oleh Gi Tae. Berbagai kejadian lucu telah berlaku apabila Jang Mi telah memporak perandakan keluarga Gi Tae dengan kelakuannya yang bersahaja. Bagaimana kesudahan cerita ini. Saksikanlah drama ini. Anda pasti terhibur.

Ok done!...3 drama korea yang paling best pada pendapat aku. Jangan lupa rekomen drama-drama korea yang best di ruangan komen, okay?


Kita sambung lain kali..banyak lagi drama korea aku nak rekomen.

Baca yang berkaitan di bawah

REVIEW DAN REKOMENDASI DRAMA KOREA YANG BEST & PALING POPULAR 2016/2017

REKOMENDASI DRAMA KOREA YANG BEST DAN SESUAI UNTUK LELAKI.
Dikuasakan oleh Blogger.